TEHERAN: Iran menjalankan hukuman gantung terhadap seorang pesalah lelaki yang disabit kesalahan kerana menjadi ejen perisik Mossad.
Media tempatan melaporkan, pesalah itu, Esmaeil Fekri menjalani hukuman tersebut berdasarkan undang-undang dan prosedur sewajarnya.
Ketua Hakim Iran, Gholamhossein Mohseni Ejei berikrar siasatan dan perbicaraan teliti akan dilakukan terhadap mana-mana individu yang dikaitkan dengan Israel.
“Jika seseorang itu ditahan kerana bekerjasama dengan Israel, Zionis, maka tindakan undang-undang dan perbicaraan serta hukuman dijalankan dengan segera.
“Pihak berkuasa akan mengadili mereka dengan peruntukan undang-undang,” katanya seperti yang dipetik agensi berita Tasnim.
Semalam, media Iran melaporkan pihak berkuasa ini menahan dua suspek yang didakwa menjadi perisik Mossad di wilayah Alborz, barat Teheran. – AFP










