Jasad berbau dedah kematian pasangan warga emas

Jasad berbau dedah kematian pasangan warga emas

HOR Yuk Wah (kanan) dan Lee Se Ming menceritakan penemuan suami isteri yang meninggal dunia sejak beberapa hari lalu di sebuah rumah kedai di Jalan Besar, Kampung Sungai Ruan, Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: “Apabila ke bahagian bawah dari tingkat tiga, saya nampak abang terbaring di dapur. Badannya sudah berbau.”

Itu detik mengejutkan bagi Hor Yuk Wah, 73, apabila menjumpai abang dan kakak iparnya meninggal dunia dalam keadaan mayat mereka sudah mereput di sebuah rumah kedai di Jalan Besar, Kampung Sungai Ruan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa lelaki, Wong Tong Seng, 75, ditemukan dalam keadaan tertiarap di lantai dapur manakala isterinya, Loh Kam Ngo, 73 dijumpai tidak bernyawa di ruang tengah rumah berkenaan.

Kedua-duanya dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan fizikal yang sudah mula mereput dan mengeluarkan bau.

Menurut Yuk Wah, dia tinggal di tingkat tiga manakala pasangan warga emas berkenaan tinggal di tingkat dua rumah kedai ber­kenaan.

Katanya, pada pagi kejadian dia baru pulang ke rumah selepas keluar seketika dan menghidu bau busuk ketika membersihkan bahagian belakang rumah.

“Saya rasa tak sedap hati dan terus ke tingkat bawah. Dari luar, saya nampak abang saya sudah terbaring atas lantai dapur. Badannya sudah mula busuk. Saya terus telefon anak saudara dan kami buat laporan polis.

“Masa tu saya tak tahu lagi kakak ipar pun sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yuk Wah berkata, kali terakhir dia berjumpa abangnya adalah seminggu lalu ketika anak-anak pasangan itu pulang ke kampung semasa cuti sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×