MEREKA yang membesar dengan semangat reformasi PKR sejak 1998 akan terus kekal setia pada akar perjuangan.
Namun dalam senario politik yang penuh hipokrasi seperti yang didedahkan pemimpin tertinggi parti itu semasa berkempen dalam pemilihan parti jelas menggambarkan terdapatnya krisis dalaman yang kian parah hanya menunggu retak menanti belah.
Hal sedemikian mengingatkan secebis Hikayat Melayu, Hang Nadim yang dikorbankan kerana kepintarannya dianggap ancaman oleh sang penguasa.
Barangkali keadaan yang serupa berlaku kepada Datuk Seri Rafizi Ramli dalam pemilihan parti kali ini.
Impak daripada kemelut dan krisis dalaman parti ini boleh memberi kesan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Hal-hal sebegini boleh menghakis kepercayaan dan sokongan pengundi, apa lagi mereka sudah kecewa bila mana prinsip dan akar perjuangan didakwa dikhianati.
Dalam masa sama, krisis dalaman ini memberi kelebihan kepada parti lawan atau pembangkang. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengeluarkan modal politik, cukup dengan hanya melihat PKR ‘dimusnahkan’ oleh pemimpin partinya sendiri.-UTUSAN
PEMERHATI POLITIK BEBAS
Pulau Pinang










