Anwar patut lawan Yusoff Rawther di mahkamah

Anwar patut lawan Yusoff Rawther di mahkamah

MUHAM­MED YUSOFF RAWTHER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAU apa pun alasan tersurat yang diberikan ke atas permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan perintah imuniti bersyarat, namun ia berkemungkinan hanya layak diklasifikasikan sebagai meremehkan proses mahkamah semata-mata.

Permohonan bagi membolehkan Anwar untuk mendapatkan imuniti undang-undang daripada saman sivil difailkan oleh bekas penyelidiknya, Yusoff Rawther.

Saya sebagai anak jati Pulau Pinang menzahirkan perasaan sedih serta amat dukacita apabila seorang perdana menteri memerlukan perintah kekebalan bersyarat ke atas undang-undang yang tidak bernoktah.

Anwar sepatutnya terus mengekal slogan-slogan yang selama ini digunakan di pentas politik seperti ‘lawan tetap lawan’ bagi membuktikan beliau berada di pihak yang benar.

Anwar sepatutnya bersemuka dengan tuntutan saman berkenaan atas dasar profesional sekiranya beliau difitnah, sebagaimana sebelum ini.

Tidak pernah wujud akta atau rang undang-undang yang diluluskan di Parlimen khusus bagi melindungi seorang perdana menteri bagi tujuan mendapatkan kekebalan walaupun secara bersyarat.

Malah secara nyata raja-raja Melayu sendiri tiada kekebalan dari sudut perundangan bila mana wujudnya Akta Mahkamah Khas 1994.

Terbukti, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk sama ada Perdana Menteri itu mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang.

Sebenarnya, rakyat menantikan bilakah perlanjutan masa jawatan Ketua Hakim Negara serta dua Hakim Kanan Mahkamah Persekutuan yang akan bersara wajib pada Jun dan Julai nanti diumumkan?

Perlembagaan Persekutuan jelas menerangkan maksud lanjutan masa selama enam bulan diberikan atas dasar jawatan terpenting di negara ini.

Sepatutnya perkara berkenaan (lanjutan masa jawatan Ketua Hakim Negara) diberikan keutamaan daripada mengheret perhatian rakyat kepada suatu isu perundangan yang masih kelabu serta buntu dari sudut perundangan.-UTUSAN

RAHMAD ISAHAK
Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×