WCE Holdings catat pertumbuhan hasil 247% pada suku keempat

WCE Holdings catat pertumbuhan hasil 247% pada suku keempat

wce
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: WCE Holdings Berhad (WCEHB) mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 247 peratus kepada RM318.1 juta pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025, berbanding RM91.6 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

WCETH berkata, prestasi itu didorong oleh aktiviti pembinaan yang lebih tinggi merentasi segmen konsesi dan pembinaan serta hasil kutipan tol pembukaan seksyen baharu yang meningkat 79 peratus menunjukkan pertumbuhan trafik yang memberangsangkan.

“Walaupun kerja-kerja pembinaan bagi seksyen ini telah selesai, pendapatan keseluruhan segmen mencatat penurunan 18 peratus disebabkan pengiktirafan pendapatan pembinaan yang lebih rendah.

“Namun bagi suku keempat, pendapatan segmen ini meningkat 144 peratus, hasil kutipan tol dan kerja pembinaan kemudahan Rehat & Rawat (R&R),” katanya dalam kenyataan.

Bagi keseluruhan tahun kewangan pula, syarikat merekodkan pertumbuhan hasil sebanyak dua peratus tahun ke tahun bagi tahun, dipacu oleh peningkatan ketara susulan pembukaan beberapa seksyen lebuh raya yang mendorong peningkatan trafik sepanjang tahun.

Jelasnya, kutipan tol meningkat 107 peratus tahun ke tahun yang disumbang oleh pembukaan tiga seksyen utama Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Taiping Selatan.

Keuntungan operasi meningkat dengan ketara apabila pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat kepada RM98.2 juta, berbanding RM3.8 juta (TK2024) pada tahun lepas.

WCEHB menunjukkan penurunan kerugian sebelum cukai kepada RM134.3 juta berbanding RM163.6 juta pada 2024.

Syarikat berkata, segmen pembinaan yang dikendalikan oleh anak syarikat WCEHB, WCE Maju Sdn. Bhd., mencatat pertumbuhan pendapatan sebanyak 431 peratus bagi tahun kewangan 2025 berikutan pelaksanaan projek yang lebih cekap dan berimpak tinggi.

“Segmen ini turut mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM3.7 juta, berbanding kerugian RM4.1 juta tahun sebelumnya dan pendapatan pembinaan meningkat 1,879 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Menjelang tahun kewangan hadapan, WCEHB menjangkakan prestasi yang lebih kukuh apabila tiga seksyen terakhir dijangka siap dan optimis terhadap peralihan ke arah keuntungan yang mampan dan pertumbuhan jangka panjang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×