Kutip 788kg sampah dalam masa tiga jam di Sungai Juru

Kutip 788kg sampah dalam masa tiga jam di Sungai Juru

SEBAHAGIAN daripada 788kg sampah yang berjaya dikutip di sepanjang Sungai Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 788 kilogram (kg) sampah berjaya di­kutip dari Sungai Juru di sini da­lam tempoh tiga jam sahaja.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negri, Ooi Soon Lee berkata, menerusi program gotong royong membersihkan sungai tersebut baru-baru ini termasuklah botol minuman pla­stik dan pek pembungkus ma­kanan.

“Dalam tempoh hanya tiga jam sahaja, kita berjaya membawa naik sebanyak 788kg sampah sarap domestik termasuk botol minuman plastik, pek pembungkus makanan, kotak serta plastik sampah sepanjang lima kilometer di Sungai Juru ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Soon Lee berkata, meskipun jumlah kutipan sampah di Su­ngai Juru telah berkurangan pada tahun lepas iaitu kepada 81 tan sampah berbanding 86 tan pada tahun 2023 kerja-kerja pembersihan sungai itu akan terus dilaksanakan.

“Kempen membersihkan su­ngai ini sudah lama kami laksanakan dengan melibatkan ker­jasama daripada pelbagai rakan agensi, NGO tempatan tanpa perlu menunggu isu-isu yang ditularkan di media sosial (me­ngenai sampah di Sungai Juru).

“Untuk tahun ini, kami berhasrat mengadakan aktiviti se­perti ini (gotong-royong) se­kurang-kurangnya empat kali setahun dengan kerjasama pi­hak yang berkenaan dalam usaha memastikan kelestarian ekosistem dan kebersihan Sungai Juru ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, seramai 130 peserta mengambil ba­hagian dalam program berke­naan yang bermula seawal pu­­kul 8 pagi.

Ujarnya, tujuan utama program gotong-royong itu diada­kan ialah untuk memberi ke­sedaran kepada masyarakat me­ngenai kepentingan menjaga ke­indahan sungai dan kebersihan sumber air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini