Lebih 10 terperangkap dua tanah runtuh di China

Lebih 10 terperangkap dua tanah runtuh di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat bagi membantu hampir 12 mangsa yang terperangkap dalam dua kejadian tanah runtuh di wilayah Guizhou, barat daya China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut stesen penyiaran negara, CGTN, lebih 10 orang dilaporkan terperangkap selepas dua kejadian tanah runtuh melanda Dafang di wilayah Guizhou, hari ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar pukul 3 pagi dan 9 pagi (waktu tempatan).

Dua orang terperangkap di kawasan Changsil, manakala beberapa lagi terperangkap di kampung Qinyang di bandar Guowa, lapor agensi berita Xinhua.

Bagaimanapun, operasi menyelamat di Guowa mengalami kesukaran disebabkan cerun yang curam dan kawasan berbukit.

Kementerian Pengurusan Kecemasan China segera mengaktifkan tindak balas kecemasan Tahap-IV bagi bencana geologi dan menghantar pasukan kerja ke lokasi kejadian untuk membantu operasi menyelamat.

Kementerian itu menggesa agar usaha segera dilakukan untuk mengesahkan situasi sebenar dan berwaspada terhadap kemungkinan berlaku bencana sekunder.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN