Miliki lebih 300 haiwan eksotik

Miliki lebih 300 haiwan eksotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OBSES pada haiwan eksotik mendorong seorang wanita mengusahakan perniagaan menjual haiwan tersebut sejak 2014.

Bermula dengan bergelar dropship, Nina Farisha Woo Abdullah, 28, memberanikan diri membuka kedai Brotherhood Reptiles (BH) di Alam Damai, Cheras, empat tahun kemudian.

Ketika itu, haiwan yang dimiliki hanya dua ekor ular sawa batik berharga RM50.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perlahan-lahan dia menambah stok dan kini, keseluruhan haiwan dimiliki melebihi 300 ekor.

Antaranya ialah pelbagai spesis ular, biawak, katak, kala jengking dan kura-kura.

Dalam pada itu, katanya, cabaran menguruskan perniagaan itu terletak pada kos rawatan yang tinggi.

Setakat ini paling mahal yang pernah dibelanjakan ialah kira-kira RM5,000.

“Lima tahun lalu, tidak ramai doktor veterinar yang dapat merawat spesis eksotik.

“Bagaimanapun, suasana sudah berubah dan kini, makin banyak klinik-klinik kerajaan dan swasta yang mahir merawat haiwan eksotik,” katanya baru-baru ini.


LAWAN FOBIA

Di sebalik cintanya pada haiwan eksotik, wanita ini mengakui pernah mengalami fobia dengan ular.

Ia gara-gara pengalaman kanak-kanaknya bertembung dengan haiwan berbisa itu ketika berenang di kolam renang hotel.

Situasi cemas itu sekali gus membuatkan Nina Farisha fobia dengan ular sehingga dewasa.

Namun, ketakutan itu berjaya diatasi apabila dia menuntut di kolej.
“Rakan sekelas membawa ular bagi pembentangan projek tugasan dan sejak itu saya sedar yang bukan semua haiwan itu menakutkan.

“Saya beranikan diri untuk menyentuhnya dan mula belajar lebih mendalam tentang haiwan-haiwan eksotik,” katanya.

Walaupun biasa mengendalikan spesis eksotik, tetapi dia tidak terlepas daripada pengalaman dipatuk ular sawa ball python dan reticulated python.

“Saya juga pernah digigit biawak air di samping katak pacman dan African bullfrog.

“Namun, kalangan haiwan itu bukanlah yang berbisa,” katanya yang menggemari katak.

Walaupun reptilia itu menggelikan tetapi bagi Nina Farisha katak adalah makhluk yang sangat menarik dan comel.

“Selain bentuk muka menawan, ia mempunyai karakter yang sangat lucu dan bersahaja,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN