Tahun ini, mari ucapkan selamat tinggal kepada pepatah lama, beauty is pain kerana wanita zaman sekarang tahu, dirimu boleh bergaya dan selesa, terumata bila bab kasut.
Cukup-cukuplah dengan kaki melecet dan sakit. Koleksi Icon dari jenama tempatan, My Ballerine ialah definisi sebenar gaya yang selesa, elegan dan praktikal.
Jenama ini percaya kasut bergaya tidak seharusnya mengorbankan keselesaan, kualiti atau harga mampu milik.
Dan kini tumpuan diberikan kepada dua rekaan utama yang bakal menjadi teman setia langkahmu iaitu Sara comfy heels dan Ines sandals.
Tumit tinggi Sara hadir dalam tiga rona menawan iaitu coklat, hitam dan olive. Dirimu akan jatuh hati dengan insole yang lembut dan rekaan logo ikonik yang memberikan sentuhan eksklusif.
Kasut ini sesuai untuk dirimu yang perlu bergerak aktif seharian, namun masih mahu tampil bergaya.
Warna hitam sesuai digayakan dengan seluar tailored dan kemeja longgar untuk penampilan pejabat yang kemas dan yakin.
Mahu bergaya santai untuk brunch? Gayakan Sara rona coklat bersama dress floral yang membuatkanmu manis dan bersahaja.
Untuk gaya yang sedikit eksperimental, cuba rona olive yang boleh dipadankan dengan jeans putih dan blaus satin. Gaya ini sesuai untuk acara kasual yang sedikit formal seperti hi-tea.

Sandal selesa
Sementara itu, sandal Ines menjadi pilihan ramai kerana reka bentuknya yang ringkas namun tetap sofistikated.
Diperbuat daripada kulit vegan, sandal ini bukan sahaja mesra alam, malah sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Rona beige sangat sesuai untuk dirimu yang suka gaya effortless, digandingkan dengan seluar linen dan crop top untuk hujung minggu yang santai.
Ines rona almond pula sangat praktikal sebagai kasut percutian dan boleh disuai padan dengan skirt, jumpsuit atau baju kurung moden tanpa perlu risau tentang keserasian gaya.
Jika dirimu pencinta gaya minimalis, sandal Ines berwarna hitam boleh dipadankan dengan seluar palazzo dan tank top untuk gaya monokrom yang classy dan moden.










