Isu Palestin: Pelajar Malaysia di AS dinasihat ‘berdiam diri’

Isu Palestin: Pelajar Malaysia di AS dinasihat ‘berdiam diri’

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia yang kini menuntut di Amerika Syarikat (AS) atau mereka yang bakal melanjutkan pengajian ke negara berkenaan dinasihatkan agar tidak terlibat dengan aktiviti menyokong Palestin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Felo Penyelidik, Unit Kajian Konflik, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Dr. Mohd. Mizan Aslam berkata, tindakan sedemikian bakal memberi implikasi kepada pelajar yang terlibat dan berisiko tinggi diusir dari negara berkenaan.

Bagaimanapun katanya, dasar tersebut hanya bersifat sementara dan ia sebahagian daripada peruntukan undang-undang AS yang membolehkan pelajar atau masyarakat imigran dibatalkan visa mereka.

“Bagaimanapun undang-un­dang ini tidak terpakai untuk penduduk AS kerana mereka ada kewarganegaraan dan kalau rakyat mereka ditangkap, ada peruntukan undang-undang terkait de­ngan anti semitism,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Lebih 600 pelajar antarabangsa, pensyarah dan penyelidik dari sekurang-kurangnya 90 universiti di seluruh AS kehilangan visa mereka selepas tindakan pembatalan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump

Perkara itu didedahkan menerusi semakan CNN terhadap dokumen mahkamah, kenyataan peguam serta pengumuman institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Setakat ini, belum jelas sama ada semua individu yang terlibat perlu segera meninggalkan AS atau dibenarkan untuk terus mengikuti pengajian mereka.

Jabatan Negara AS tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai proses pembatalan visa tersebut, namun menyifatkan situasi itu sebagai ‘dinamik’ dan ‘masih berjalan’.

Dalam pada itu, bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mewujudkan dasar baharu berkaitan penghantaran pelajar ke luar negara.

“JPA perlu mengalihkan pelajar kita ke United Kingdom (UK), Australia, New Zealand dan Eropah serta China yang kini jauh mening­galkan AS.

“Kita perlu fokus subjek seperti Sains, Quantum Fizik dan penyelidikan di negara berkenaan. AS di bawah pentadbiran Donald Trump akan musnah disebabkan ego besarnya dan mementingkan diri sendiri,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN