Masa depan Jijoe bakal terjawab esok 

Masa depan Jijoe bakal terjawab esok 

Azizulhasni Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masa depan jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang bakal terjawab Sabtu ini apabila satu sidang akhbar khas akan diadakan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), serta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, pihaknya mengambil pendekatan berhemah dengan menghormati proses yang sedang berlangsung sebelum sebarang pengumuman dibuat kepada umum.

“Saya tidak mahu komen apa-apa hari ini. Tetapi dalam masa 48 jam, semua akan terjawab (mengenai masa depan Azizulhasni).

“Satu sidang akhbar akan diadakan Sabtu ini, sekitar pukul 4.30 petang, melibatkan YB Menteri, Azizulhasni, PKBM dan semua pihak berkepentingan,” kata Amarjit selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan Jersi Rasmi antara Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan ISports Wear, semalam.

Beliau turut memberi bayangan bahawa keputusan yang telah dibuat oleh ikon sukan negara itu mendapat sokongan penuh daripada PKBM dan disifatkan sebagai langkah terbaik untuk semua pihak.

“Saya sokong sepenuhnya keputusan yang dibuat oleh Azizulhasni, beliau telah banyak menyumbang kepada negara,” jelasnya.

Spekulasi mengenai masa depan Azizulhasni timbul selepas namanya tidak disenaraikan dalam program Road To Gold (RTG) terbaharu, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan peminat sukan tanah air.

Bagaimanapun, dengan pengesahan bahawa semua persoalan akan terjawab Sabtu ini, tumpuan kini terarah kepada sidang media yang dijangka mengakhiri teka-teki tentang hala tuju atlet yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN