Sikap kita punca jumlah kemalangan tidak turun-turun
Oleh Ismail Daud
15 April 2025, 7:39 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KELMARIN, seorang lelaki maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk di Johor Bahru. Di Sepang pula, 15 kenderaan rosak selepas dirempuh sebuah lori yang mengalami kegagalan brek. Sebelum ini, ada dua remaja yang menaiki motosikal maut selepas merempuh lori yang berhenti di tepi jalan. Setiap hari ada sahaja berita seperti ini disiarkan.
Sebab itu, tidak menghairankan negara kerugian sehingga RM20 bilion setahun akibat kemalangan seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia baru-baru ini. Kerugian harian kadangkala mencecah sehingga RM3 juta sehari. Jumlah kerugian itu termasuk kos rawatan dan kerosakan harta benda.
Dalam tahun 2023, sejumlah 598,635 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh di seluruh negara meningkat daripada 545,588 kemalangan pada tahun sebelumnya dan 370,286 kemalangan pada 2021.
Musim perayaan paling banyak menyumbang kepada angka ini.
Ada yang berpendapat, dengan jumlah kenderaan berdaftar yang aktif di negara ini berjumlah 24 juta daripada keseluruhan 36.4 juta jumlah kenderaan berdaftar pada 2023, peratusan kemalangan itu kelihatan kecil iaitu sekitar 2.5 peratus sahaja.
Namun, dari segi angka, ia adalah sangat besar dan sangat merugikan. Bayangkan kalau jumlah itu boleh dikurangkan kepada separuh, bermakna RM10 bilion boleh diselamatkan.
Bukan kita tidak sedar perkara ini. Kerajaan juga sudah mengambil pelbagai usaha untuk mengurangkan jumlah kemalangan terutama kemalangan maut tetapi setakat ini usaha itu belum benar-benar berkesan dan berjaya.
Apa yang kerajaan tidak lakukan. Saman, denda, dakwa di mahkamah, tarik atau gantung lesen, pemeriksaan berkala, sistem penguatkuasaan automatik (AES), tambah baik kurikulum sekolah memandu, ujian saringan dadah dan macam-macam lagi semua sudah dibuat.
Selain itu, diwujudkan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Kempen berterusan turut diadakan. Kenderaan pula semakin banyak yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini tetapi jumlah kemalangan terus meningkat.
Di mana lagi yang kurang? Jawapannya adalah sikap kita di jalan raya. Inilah punca segalanya. Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup berhati-hati tetapi akibat kecuaian orang lain, kita pula menjadi mangsa dan terpaksa menanggung kerugian.
Banyak faktor yang mempengaruhi sikap seseorang. Ada yang tenang tetapi mudah hilang sabar apabila di jalan raya dan ada yang memang mudah baran sehingga bertindak melulu. Ramai juga yang melihat ‘undang-undang hanya wujud apabila pihak berkuasa ada’. Contohnya, bila nampak polis, baru kelam-kabut hendak pakai tali pinggang keledar.
Sikap boleh dibentuk tetapi memerlukan masa. Usia muda adalah masa paling sesuai untuk membentuk sikap seseorang. Justeru, pendidikan keselamatan jalan raya wajar menjadi sebahagian kurikulum di sekolah.
Cara paling cepat untuk membentuk sikap ialah menerusi penguatkuasaan undang-undang. Persoalannya, adakah tindakan penguatkuasaan selama ini tidak cukup? Perlukah ditingkatkan lagi terutama dengan menambah denda dan hukuman bagi kesalahan jalan raya tertentu? Mungkin tawaran diskaun saman juga perlu dimansuhkan.
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia – UTUSAN

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved