Di mana Nur Qistina Athirah?

Di mana Nur Qistina Athirah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Kajang sejak kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit, Nur Qistina Atirah Abdul Halim pada 10.18 pagi, semalam.

“Remaja perempuan berkenaan berkulit putih dengan ketinggian kira-kira 156 sentimeter dan berat 55 kilogram. Dia memakai baju lengan panjang dan berseluar jeans berwarna biru terang.

“Lokasi terakhir remaja itu di Flat Bukit Segar, Jalan Bukit Segar, Cheras,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu mengesan remaja berkenaan.

“Orang ramai boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Nor Farahin Mohd Yatim di talian 017-3987188,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN