Dibelenggu penyakit kebimbangan

Dibelenggu penyakit kebimbangan

Penghidap penyakit kebimbangan melampau memerlukan sokongan keluarga.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Adik menghidap kebimbangan melampau (anxiety) dan telah didiagnos oleh pakar psikiatri. Adik sekarang sudah kurang makan dan kurang tidur sampai turun berat badan. Saya kesian sangat dekat adik, tapi saya takda ilmu untuk bantu adik.

Kakak prihatin

JAWAPAN

Kesihatan mental bukan hanya menjejaskan individu yang mengalaminya, malah turut memberi kesan kepada ahli keluarga.

Sokongan dan pemahaman ahli keluarga memainkan peranan penting untuk membantu individu ini.

Oleh itu, disediakan beberapa panduan sebagai rujukan kepada ahli keluarga sebagai tanda sokongan.

Sokongan emosi – Yakinkan adik bahawa dia tidak bersendirian. Elakkan daripada memaksanya untuk bercerita sekiranya belum bersedia dan tunjukkan anda sentiasa ada untuk dia meluahkan rasa.

Gunakan teknik grounding -Jika nampak adik dalam keadaan resah, cuba ajar teknik grounding seperti 5-4-3-2-1. Minta dia sebut 5 benda yang dilihat, 4 benda yang disentuh, 3 benda yang didengari, 2 benda yang dihidu dan 1 benda yang dirasa. Boleh juga diiringi dengan pernafasan 4-7-8: Tarik nafas 4 saat, tahan 7 saat dan hembus perlahan selama 8 saat. Ia dapat membantu mengurangkan keresahan.
Lakukan aktiviti bersama – Kenal pasti kesukaan atau hobi adik. Ajak adik lakukan aktiviti bersama-sama seperti menulis jurnal, berkebun atau memasak. Ia boleh membantu adik berasa lebih baik.

Bantu jaga pemakanan dan kesihatan – Kebimbangan melampau boleh menyebabkan adik kurang makan dan turun berat badan. Cuba bantu dengan menyediakan makanan ringan seperti yogurt, kekacang dan buah. Minum air cukup dan elakkan kafein berlebihan.

Sokongan rawatan – Membantu adik untuk mendapatkan bantuan profesional. Anda boleh menunjukkan tanda sokongan seperti menemani adik ke sesi terapi atau janji temu psikiatri dan sokong adik untuk ikut pelan rawatan yang disarankan.

Jaga kesihatan diri – Menjaga orang yang mengalami kebimbangan melampau agak mencabar. Anda juga perlukan tempat untuk meluahkan perasaan seperti rakan, ahli keluarga atau melalui sokongan profesional. Jaga diri dan elakkan daripada terus memaksa atau menghukum diri sekiranya adik tidak mahu melakukan perubahan.

Kesimpulannya, menyokong individu yang mengalami keresahan melampau amat mencabar emosi.

Usaha lakukan yang terbaik mengikut kemampuan dan yakinlah bahawa setiap usaha pasti akan mendatangkan hasil.

Sikap sabar pasti akan membuahkan hasil yang baik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×