Tsunoda bakal berlumba dengan Verstappen 

Tsunoda bakal berlumba dengan Verstappen 

Yuki Tsunoda (kanan) akan menggantikan Liam Lawson dalam pasukan Redbull selepas ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Impian pelumba Racing Bulls , Yuki Tsunoda menjadi kenyataan selepas ‘dinaikkan’ pangkat menjadi pemandu Red Bull Racing.  

Dalam satu video yang dikongsi oleh Racing Bulls, Tsunoda mengucapkan penghargaan kepada pasukan serta penyokongnya atas pengalaman luar biasa bersama mereka.    

“Hai semua, Yuki di sini. Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan dan peminat VCARB yang luar biasa atas perjalanan yang menakjubkan serta begitu banyak kenangan istimewa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan tetap dalam keluarga Red Bull, jadi saya tidak akan jauh. Jumpa anda semua di paddock. Saya tidak sabar untuk berlumba dalam Grand Prix (GP) di negara asal saya bersama Red Bull Racing,” kata Tsunoda.

Pemilihan Tsunoda menggantikan Liam Lawson dibuat selepas hanya dua perlumbaan dalam musim F1 2025, satu keputusan mengejutkan daripada Red Bull.  

Tsunoda akan memulakan perlumbaan sulungnya bersama Max Verstappen di GP Jepun pada 6 April ini, satu detik istimewa kerana ia merupakan perlumbaan di negara asalnya.  

Sementara itu, bos Racing Bulls, Laurent Mekies, memuji pencapaian Tsunoda sepanjang musim lalu dan menyifatkannya sebagai satu kemajuan yang luar biasa.  

“Tenaga dan sikap positif Yuki telah menceriakan setiap sudut kilang serta garaj kami, dan dia akan sentiasa menjadi seorang Racing Bull. Kami mendoakan kejayaan yang selayaknya buatnya di Red Bull.

“Semua di Racing Bulls tidak sabar untuk bekerja keras bersama Liam bagi memberikan persekitaran terbaik untuknya bersinar dalam kereta kami dan menunjukkan bakat yang kita semua tahu dia miliki,” kata Mekies. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini