Sukar bawa AS, Israel ke muka pengadilan

Sukar bawa AS, Israel ke muka pengadilan

Sebuah keluarga bersedih atas kematian kanak-kanak akibat serangan udara tentera Israel di hospital di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza. Palestin kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha untuk membawa Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke muka pengadilan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dilihat sukar ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Profesor Undang-undang Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salawati Mat Basir berkata, ia memandangkan terdapat negara bersekutu di belakang mereka.

Jelasnya, ICJ kini dilihat sebagai pilihan kelas bawahan untuk membawa Israel ke muka pengadilan kerana negara itu akan dibantu AS menerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Untuk mengheret Israel atau AS ke ICJ pun susah juga kerana ia memerlukan kerjasama dari negara lain untuk menahan mereka. Namun, banyak negara merupakan sekutu mereka dalam hal ini.

“Bahkan sudah ada juga notis tangkap dikeluarkan oleh ICJ terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tetapi AS juga yang akan membantu mereka nanti menerusi Majlis Keselamatan PBB.

“Malah, ramai rasa kecewa negara lain tidak bersikap tegas kerana negara bersekutu kebanyakannya negara kaya seperti Emiriah Arab Bersatu sehingga digelar Zionis Arab berikutan memberikan tanah Palestin kepada Israel,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada 18 Mac lalu, Israel secara unilateral menamatkan perjanjian gencatan senjata bersama Hamas menerusi serangan udara dan darat berskala besar.

Lebih 400 rakyat Palestin terbunuh, menjadikannya antara hari paling berdarah dalam kon­flik yang telah berlarutan selama 17 bulan, sejak 7 Oktober tahun lalu.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknolog Mara (UiTM) Seremban, Shahidah Abdul Razak pula berkata, duta-duta Palestin perlu memberi mesej yang jelas kepada dunia tentang berlakunya genosid di Gaza.

Katanya, dunia perlu bersatu memberi tekanan kepada Israel dan AS untuk tidak lagi memberi sokongan kepada aktiviti ketente­raan di Gaza.

“Duta Palestin juga perlu guna pendekatan diplomatik bagi beri tekanan kepada Israel untuk tidak menambah angka korban yang bakal memberi impak kepada krisis kemanusiaan di Gaza,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN