Sayu Ramadan, Aidilfitri tanpa ayah

Sayu Ramadan, Aidilfitri tanpa ayah

SURAIYA Izzaty (kanan) tidak dapat menahan sebak ketika mengunjungi semula lokasi jasad bapanya dipercayai dicampak di Sungai Derang, Jitra, Kedah. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Sehingga kini jasad pesara Felcra, Sabari Baharom yang dipercayai mangsa pembunuhan kejam pada September tahun lalu belum ditemukan setelah dia dikatakan dicampak ke Sungai Padang Terap, Kampung Empa di Jitra.

Selama tempoh itu juga, doa tiga anaknya tidak pernah putus terutama sempena Ramadan kali ini agar kes bapa mereka diadili sebaiknya di mahkamah.

Anak sulung mangsa, Dr. Suraiya Izzaty, 30, berkata, dia bersama dua adiknya iaitu Nur Aina Sofiya, 29, dan Muhammad Amir Hakimi, 26, tidak boleh berbuat apa-apa kecuali berdoa dan mengharapkan keajaiban daripada Allah.

Katanya, Ramadan kali ini juga terasa sunyi bagi mereka apatah lagi cara pemergian bapa kesayangan dalam keadaan menyayat hati tanpa kubur.

“Kesedihan masih ada, namun sudah tujuh bulan berlalu, jadi saya sudah tidak menangis setiap hari. Biasanya kalau baca surah Yasin, saya tidak dapat baca sampai habis tanpa menangis, tetapi sekarang sudah okey sebab sudah mula terima kenyataan dan kena yakin de­ngan urusan Allah.

“Hari ini saya datang ke su­ngai ini kerana di sini dipercayai menjadi tempat terakhir ayah dilihat masih hidup. Tidak ada hari yang saya tidak doakan ayah, berdoa supaya jasadnya ditemui,” katanya ketika ditemui di Kampung Empa.

Suraiya sepatutnya mengikuti prosiding sebutan semula kes bunuh bapanya di Mahkamah Majistret Jitra untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, namun ditangguhkan ke 20 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×