Minggu ini, Seri kongsikan resepi kerabu pucuk paku kerang, sajian tradisional Melayu yang menggabungkan sayur-sayuran segar dan keenakan makanan laut.
Teksturnya yang lembut dan sedikit rangup menambahkan lagi keunikan menu berkhasiat ini.
Jika tiada idea mahu masak apa untuk berbuka pada hujung minggu ini, apa kata cuba resipi yang disediakan.
Bahan- bahan:
-300 gram pucuk paku
-250 gram isi kerang
-1 biji bawang besar (dihiris halus)
-2 batang serai (dihiris halus)
-1 biji tomato (potong dadu)
-1 biji cili merah (dihiris halus)
-5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
-2 sudu besar kerisik
-3 sudu besar santan pekat
-1 sudu besar jus limau nipis
-1 sudu besar sos ikan
-1 sudu teh gula
-Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
-Celur pucuk paku yang telah dipotong dan dibersihkan. Jangan celur terlalu lama.
-Rebus kerang kemudian asingkan isi daripada cangkerangnya.
-Dalam mangkuk besar, campurkan pucuk paku yang telah dicelur dengan isi kerang.
-Masukkan bawang besar, serai, tomato, cili merah dan cili padi. Gaul rata.
-Tambahkan kerisik, santan pekat, jus limau nipis, sos ikan, gula, dan garam. Gaul bahan hingga sebati.
-Tambahkan perasa dan sedia untuk dihidangkan.










