Jambatan Angkat Kuala Terengganu pertama guna tenaga solar

Jambatan Angkat Kuala Terengganu pertama di dunia guna tenaga solar

BURHANUDDIN Hilmi Mohamed @ Harun (dua dari kanan) menunjukkan dokumen perjanjian pengurusan dan pengoperasian Jambatan Angkat Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu melakar satu lagi kejayaan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui apabila Jambatan Angkat Kuala Terengganu beroperasi 98 peratus menggunakan tenaga solar sejak setahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.), Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, ia menjadikan Jambatan Angkat Kuala Terengganu sebagai jambatan pertama di dunia yang menggunakan hampir sepenuh­nya tenaga solar.

Katanya, jambatan itu berdaftar di bawah Green Energy Tariff dan menerima sijil pengiktirafan daripada Yayasan Piawaian Penjejakan Antarabangsa.

“Sepanjang 2024, kadar penggunaan elektrik di jambatan angkat ialah sebanyak 176 megawatt untuk menara utara dan 294 megawatt di menara selatan.

“Peralihan kepada tenaga solar ini adalah usaha kita untuk menyahut seruan kerajaan ke arah melestarikan alam sekitar, sosial dan tadbir urus,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan dan Pengoperasian Jambatan Angkat antara kerajaan negeri dengan Terengganu Inc. di sini, semalam.

Melalui perjanjian itu, Terengganu Inc. melalui anak syarikatnya, TI Properties Sdn. Bhd. terus diberi kepercayaan untuk mengendalikan operasi Jamba­tan Angkat selama lima tahun hingga 31 Mei 2029.

Menurut Burhanuddin, Te­rengganu Inc. menyasarkan ke­datangan 150,000 pelancong se­panjang 2025 melalui jalinan kerjasama penggiat industri pe­lancongan di seluruh negeri.

“Sejak beroperasi pada 2019, jambatan ikonik ini merekodkan kunjungan 595,579 pelancong dari dalam dan luar negara. Setakat ini, binaan tersebut menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuk Best New Tourism Icon, Kuala Terengganu pada 2019 dan Malaysia Tourism Quality Assu­rance (Gold Award) 2023.

“Kita optimis jambatan ini terus menjadi lokasi pelancongan popular sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan dan ekonomi Terengganu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN