Kinoshi cabar Selangor pertahan rekod bersih

Kinoshi cabar Selangor pertahan rekod bersih 

Katsuhito Kinoshi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) mahu melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam semua kejohanan termasuk pada aksi final pertama Piala Cabaran menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu ini.

Gergasi Merah kini memiliki rekod bersih 10 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan.

Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi berkata, beliau mahu pemain-pemain SFC mengekalkan momentum tanpa kalah.

“Sepuluh perlawanan tanpa kalah dan kita harus kekalkan cara bermain begini, walaupun mungkin satu hari nanti kita akan kalah.

“Tapi sehingga saat ini kita harus berjuang 100 peratus untuk raih tiga mata dan ini adalah misi kami,” katanya yang dilantik November lalu.

Piala Cabaran menjadi satu-satunya peluang Selangor menamatkan kemarau kejuaraan domestik apabila kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada 2015, kira-kira 10 tahun lalu.

Itulah satu-satunya trofi domestik yang berjaya dijulang Selangor FC, walaupun dua kali mara ke pentas final namun dikecewakan untuk muncul naib juara Piala Malaysia 2022 dan naib juara Piala FA musim lalu.

Kinoshi menyifatkan pasukan bimbingan telah menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan beliau menyeru semua pemain untuk membina keyakinan tinggi dalam diri masing-masing.

“Pemain mula memahami di mana ia adalah falsafah pasukan dan kami sedang membina cara permainan bola sepak kami, dan pemain tidak boleh terlalu selesa serta berpuas hati. Sebaliknya mereka perlu bekerja keras untuk peminat.

“Dalam pada masa sama, kita harus ada keyakinan dalam cara kami bermain dan kita tidak boleh undur, kita perlu meningkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×