Razak Baginda, kerajaan diarah bayar keluarga Altantuya RM9 juta

Razak Baginda, kerajaan diarah bayar keluarga Altantuya RM9 juta

Altantuya Shaariibuu NOTA TERBITAN KOSMO 21 MEI 2018 ISNIN MUKA 2 Archived By RM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam me­merintahkan penganalisis Abdul Ra­zak Baginda dan Kerajaan Malaysia membayar RM9 juta kepada mereka.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, M. Sumathi yang mengarahkan kedua-dua pihak berkenaan melunaskan bayaran tersebut dalam tempoh 30 hari melalui akaun firma guaman Karpal Singh & Co sehingga rayuan dilupuskan.

Beliau dalam penghakimannya memutuskan Abdul Razak yang juga pengamal undang-undang dan kerajaan sebagai defendan ketiga dan keempat masing-masing membayar sejumlah RM4,702,054.80 kepada keluarga mendiang dalam tempoh 30 hari selepas membenarkan penangguhan secara bersyarat.

ABDUL RAZAK BAGINDA

“Bagi memastikan keadilan ditegakkan, saya membenarkan penangguhan bayaran termasuk faedah selain kos sebanyak RM25,000 (oleh kerajaan dan Abdul Razak) dan mendepositkan separuh daripada RM4,702,054.80 ke akaun peguam plaintif dalam masa 30 hari.

“Bagaimanapun, jika rayuan terhadap saman tersebut dibenarkan di Mahkamah Rayuan, bayaran tersebut berserta faedah hendaklah dikembalikan semula dalam tempoh 30 hari selepas penghakiman diperingkat itu dibuat,” katanya semalam.

Penangguhan bersyarat itu disahkan peguam yang mewakili keluarga Altantuya iaitu Sangeet Kaur Deo.

Firma guaman itu akan memegang jumlah wang berkenaan sementara menunggu pelupusan rayuan yang dikemukakan kerajaan dan Razak ke Mahkamah Rayuan.

Utusan Malaysia pada 16 Disember 2022 melaporkan Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Kerajaan Malaysia serta empat defendan lain membayar ganti rugi am dan teladan terhadap keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu sebanyak RM5 juta dan RM75,000 kepada plaintif di sini.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang menghakimi prosiding ketika itu mengarahkan demikian selepas pihak plaintif berjaya membuktikan kes terhadap defendan tiga defendan dan defendan keempat (Kerajaan Malaysia) sebagai majikan kepada defendan pertama dan kedua.

Terdahulu bapa mendiang, Dr. Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007.

Altantuya sebelum ini dilaporkan menjadi penterjemah dalam proses rundingan penjualan kapal selam oleh sebuah syarikat pembekal senjata dari Perancis, DNS, kepada Kerajaan Malaysia, dibunuh oleh dua pengawal peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, pada 18 Oktober 2006.

Wanita itu dipercayai ditembak di kepala di sebuah hutan di Puncak Alam. Mayatnya kemudian diletupkan dengan bahan letupan.

Susulan itu, dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), iaitu Koperal Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah ditangkap sebelum didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh model itu pada November 2006.

Azilah dan Sirul didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati terhadap pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun tahun lepas Mahkamah Persekutuan meringankan hukuman mati Azilah dan mengenakan hukuman penjara 40 tahun terhadapnya. Mahkamah juga memerintahkan bekas anggota polis itu menerima 12 sebatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×