TRAGEDI membelasah seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Terengganu, baru-baru ini mencerminkan nilai kemanusiaan dan keadilan.
Dalam apa juga keadaan, jadilah manusia yang prihatin, berempati dan sedia membantu kerana menghormati dan melindungi hak semua individu OKU adalah tanggungjawab bersama untuk membina masyarakat yang lebih harmoni.
Sebagai masyarakat, kita harus menunjukkan rasa hormat dan empati terhadap mangsa atau mereka yang berada dalam situasi sukar dan elakkan daripada membuat tuduhan atau menyebarkan cerita tanpa mengetahui fakta sebenar.
Elakkan stigma atau memandang rendah OKU kerana mereka berhak mendapat layanan yang sama seperti orang lain.
Jika berlaku insiden seperti ini, tumpukan perhatian untuk membantu sama ada dari segi fizikal, emosi atau sokongan moral, bukannya mengkritik.
Semoga dengan apa yang berlaku ini memberi pendidikan tentang hak OKU dan keperluan mereka sekali gus memberi kefahaman kepada orang ramai supaya mengurangkan sikap diskriminasi dan stigma dalam masyarakat kini. – UTUSAN
NUR SAKINAH SAMSUDIN
Universiti Malaya










