Gamuda Land perkenal kemudahan penjagaan warga emas di twentyfive7 - Utusan Malaysia

Gamuda Land perkenal kemudahan penjagaan warga emas di twentyfive7

GAMUDA Land, dengan kerjasama Meaningfull Life, melancarkan The Meaningfull Clubhouse di Quayside Plaza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gamuda Land, dengan kerjasama Meaningfull Life, melancarkan The Meaningfull Clubhouse di Quayside Plaza, kemudahan penjagaan warga emas yang pertama seumpamanya di Malaysia dalam kawasan perbandaran twentyfive7, Kota Kemuning, Selangor.

Rumah penjagaan itu dijadualkan dibuka pada Mac 2025, menawarkan model penjagaan warga emas yang inovatif yang mengintegrasikan perkhidmatan profesional dalam kemudahan yang sudah ada di kawasan perbandaran tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Meaningfull Life, Anna Chew berkata, inisiatif itu bertujuan memberi akses kepada warga emas untuk menikmati taman, kedai runcit dan kemudahan perubatan sambil menjalani gaya hidup yang aktif dan sosial.

“Perkongsian ini lebih daripada sekadar penjagaan. Ia tentang mencipta peluang bagi warga emas untuk berkembang untuk terlibat dalam aktiviti bermakna, mengekalkan kemerdekaan, dan terus berhubung dengan keluarga dan komuniti mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Wong Siew Lee berkata, apabila merancang twentyfive7, mereka inginkan lebih daripada sekadar pembangunan kediaman.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan ekosistem yang dapat menyara diri, berorientasikan keluarga di mana setiap generasi rasa seperti berada di rumah.

“Gamuda Land merancang untuk meniru model penjagaan warga emas yang terintegrasi ini di seluruh kawasan perbandaran lain, mengukuhkan komitmennya terhadap kelestarian dan inklusiviti dalam kehidupan bandar,” katanya.

Rumah kelab itu akan menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disesuaikan dengan kesejahteraan warga emas.

Ini termasuk sokongan penjagaan kesihatan melalui Klinik Gamuda, hidangan yang disediakan oleh pakar pemakanan Meaningfull Life dengan kerjasama penyewa makanan dan minuman(F&B) di Quayside Mall, dan pelbagai aktiviti sosial seperti bengkel kerja kayu, permainan pickleball dan lawatan berkumpulan.

Selain itu, ia juga menyediakan program kesejahteraan fizikal dan kognitif yang direka oleh ahli fisioterapi dan psikologi untuk mempromosikan mobiliti, rangsangan mental dan kesejahteraan keseluruhan.

Berbeza dengan kemudahan penjagaan warga emas tradisional yang berdiri sendiri, model clubhouse ini mengintegrasikan perkhidmatan sokongan warga emas ke dalam komuniti yang lebih luas, menawarkan alternatif yang lebih berpatutan dan fleksibel untuk keluarga.

Dengan 15 peratus daripada populasi Malaysia dijangka berusia lebih 60 tahun menjelang 2030, para pemaju semakin memberi tumpuan kepada penciptaan komuniti yang memenuhi keperluan demografik warga emas sambil mengekalkan daya tarikan pelbagai generasi. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×