Hoka rancang buka empat kedai baharu di Semenanjung

Hoka rancang buka empat kedai baharu dalam 2 tahun

HOKA kini mempunyai empat lokasi di Kuala Lumpur termasuk Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan The Exchange TRX.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama kasut dan pakaian sukan berprestasi tinggi, Hoka merancang untuk membuka tiga hingga empat kedai baharu dalam tempoh dua tahun di Semenanjung Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif Central Brand & Specialty Group, Central Retail Corporation, Ty Chirathivat berkata, ini juga dapat memperluaskan saluran pengedaran Hoka melalui kedai yang terpilih. 

“Kami akan membuka beberapa saluran kedai di Semenanjung Malaysia bagi mengembangkan perniagaan jenama kasut dan pakaian kami,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Pelancaran Bondi 9 Hoka di sini baru-baru ini. 

Tampil dengan keunikan, Hoka memperkenalkan model terbaharu, Bondi 9, direka untuk memenuhi keperluan pengguna dalam segmen prestasi dan gaya hidup. 

Kasut tersebut menampilkan tiga teknologi baharu, termasuk ‘midsole supercritical EVA foam’ yang lebih ringan, ‘mesh’ kejuruteraan baharu untuk pengudaraan lebih baik dan ‘collar 3D molded’ bagi rekaan lebih ramping.

Selain itu, Bondi 9 membina legasi dengan kemajuan ketara, termasuk ‘midsole’ yang memberikan perjalanan lebih lembut, lebih berdaya tahan dan dinamik di mana geometri terkini dan ‘active foot frame’ pada bahagian belakang kaki menawarkan sokongan serta kawalan yang lebih baik.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan E-Dagang, Tim Tham berkata, pelancaran itu mencerminkan misi Hoka untuk memperkasakan pergerakan bagi semua pengguna jenama itu.

“Kasut ikonik ini menawarkan gabungan keselesaan dan prestasi yang sempurna, menjadikannya ideal untuk semua orang, daripada pelari berpengalaman hingga mereka yang menjalani aktiviti harian. 

“Kami teruja untuk mengundang rakyat Malaysia merasai inovasi luar biasa Bondi 9 dan bersama-sama meraikan nilai inklusiviti yang menjadi identiti Hoka,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sambutan peminat kasut jenama tersebut, Tim mengakui menerima maklum balas positif yang menakjubkan bagi tiga negara iaitu Thailand, Malaysia dan Vietnam. 

“Bagi tiga negara itu amat menakjubkan. Sekarang ini merupakan jenama ‘terpanas’. Jadi, saya rasa jenama ini kukuh,” katanya. 

Terdapat empat lokasi di Hoka Malaysia iaitu Kuala Lumpur City Centre (KLCC), The Exchange TRX, IOI City Mall, Putrahaya dan Parkson Elite Pavilion Kuala Lumpur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×