Hampir 400 juta penganut Hindu berhimpun di Sungai Ganges

Hampir 400 juta penganut Hindu berhimpun di Sungai Ganges

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAYAGRAJ : Kira-kira 400 juta penganut Hindu menghadiri Festival Kumbh Mela, iaitu perhimpunan keagamaan terbesar Hindu di India. 

Festival yang berlangsung sejak ribuan tahun ini menyaksikan ritual keagamaan seperti mandi suci di pertemuan Sungai Ganges, Yamuna dan Saraswati. 

Ia sekaligus menjadikannya sebagai perhimpunan manusia terbesar dalam sejarah.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum matahari terbit, ribuan penganut mula memenuhi tebing sungai untuk melakukan upacara mandi suci.  

Sami Hindu berjubah jingga dan ahli-ahli pertapaan yang bertabur abu dilihat bergerak di tengah-tengah lautan manusia, bagi memberikan restu kepada penganut yang ada antaranya berjalan kaki selama berminggu-minggu untuk sampai ke lokasi.  

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath mengalu-alukan kehadiran para penganut untuk merasai kesatuan dalam kepelbagaian, bermeditasi dan mandi suci. 

“Perhimpunan rohani dan budaya terbesar dunia kini bermula,” katanya dalam kenyataan. 

Penganjur menyifatkan skala persediaan festival ini seperti menubuhkan sebuah negara sementara dengan jumlah kehadiran yang dijangka menyamai populasi gabungan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.  

“Kira-kira 350 hingga 400 juta penganut Hindu dijangka hadir. Anda boleh bayangkan betapa besar skala persediaannya,” kata jurucakap festival, Vivek Chaturvedi.   

Festival itu berakar daripada mitologi Hindu yang menceritakan pertempuran antara dewa dan syaitan untuk merebut kendi yang mengandungi air suci pemberi keabadian.  

Pihak berkuasa menyifatkan festival tahun ini sebagai ‘Maha’ Kumbh Mela, bermaksud perhimpunan agung, bagi menggambarkan keunikan dan kepentingannya dalam tradisi agama Hindu. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN