Tapir jantan dewasa mati dilanggar di LPT2

Tapir jantan dewasa mati dilanggar di LPT2

TAPIR jantan dewasa yang ditemukan mati di Kilometer 289.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chukai, Kemaman di Terengganu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seekor tapir jantan dewasa seberat kira-kira 250 kilogram ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 289.1 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Chukai, hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan daripada kakitangan LPT2 berhubung penemuan bangkai tapir tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Tapir tersebut ditemukan mati dengan kesan kecederaan di bahagian kepala, dipercayai dilanggar kenderaan,” katanya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kean Seong turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati memandu bagi mengelak melanggar hidupan liar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini