Takut hadapi tahun baharu

Takut hadapi tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
Bila tiba tahun baharu, saya mula berasa takut. Takut untuk menghadapi hari-hari mendatang. Takut sakit, takut tiada duit dan takut untuk hidup bersendirian. Apakah yang perlu saya lakukan sebagai persediaan menghadapi tahun 2025?
-Gadis takut

JAWAPAN

Bagi sesetengah individu, tahun baharu adalah peluang untuk memulakan kehidupan baharu. Namun, bagi individu lain, ia menjadi detik penuh ketakutan untuk berdepan dengan kehidupan mendatang.

Ketakutan ini boleh menyebabkan tekanan emosi pada individu sekiranya tidak ditangani dengan baik, tetapi ia juga boleh menjadi pendorong untuk melakukan perubahan positif dalam kehidupan dengan perancangan yang bijak dan tersusun.

Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu anda membuat persediaan menghadapi tahun baharu:

Refleksi diri – Semak semula segala pencapaian yang telah anda raih sepanjang tahun lepas walaupun kecil. Catatkan pencapaian tersebut untuk membantu meningkatkan keyakinan diri.

Seterusnya, kenal pasti cabaran yang anda hadapi dan pelajaran berharga yang anda peroleh daripadanya.

Tetapkan matlamat realistik – Bahagikan matlamat besar kepada matlamat lebih kecil yang mudah dicapai. Contoh, membuat perancangan dan simpanan bajet bulanan mengikut kemampuan.

Jaga kesihatan diri dan amalkan pemakanan sihat. Hanya fokus pada perkara yang berada dalam kawalan anda sahaja.

Sokongan emosi – Luangkan masa bersama orang yang menyokong anda seperti ahli keluarga, rakan baik dan kaunselor. Elakkan duduk bersendirian, boleh sertai aktiviti komuniti, sukarelawan atau program yang memberi sokongan baharu kepada anda.

Jaga kesihatan fizikal dan mental – Jadikan rutin harian yang sihat sebagai amalan seperti tidur yang cukup, senaman ringan dan menjaga pemakanan seimbang. Jika anda berasa cemas, cuba tenangkan diri dengan teknik relaksasi.

Melatih pemikiran positif – Tulis setiap hari perkara yang anda syukuri untuk melatih minda fokus kepada perkara yang positif. Gantikan pemikiran negatif dengan kata-kata semangat seperti “saya kuat dan mampu mengatasi cabaran ini.”

Belajar tambah ilmu – Belajar kemahiran baharu yang dapat meningkatkan keyakinan diri. Selain itu, baca buku motivasi atau menonton video inspirasi untuk menyemarakkan semangat anda.

Berdoa – luangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Berdoa boleh memberikan ketenangan dan keyakinan dalam menghadapi ketidakpastian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×