China bina pusat tahanan khas untuk pembelot, pesalah rasuah

China bina pusat tahanan khas untuk pembelot, pesalah rasuah

GAMBAR menunjukkan keadaan pusat tahanan lama, dikenali sebagai Yengisheher-2, di daerah Shule di Kashgar, wilayah Xinjiang.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Lebih 200 kemudahan tahanan khas dibina dan diperluaskan di seluruh China sebagai sebahagian daripada usaha Presiden Xi Jinping untuk menyoal siasat suspek dalam kempen antirasuahnya.

Xi kini memperluaskan kempen antirasuah, bukan sahaja tertumpu kepada Parti Komunis, tetapi turut menyasarkan pelbagai sektor awam di seluruh China.

Kemudahan tahanan yang dikenali sebagai ‘liuzhi’ atau ‘penahanan sementara’ kini diperluaskan, dengan kemudahan yang mempunyai permukaan berlapik dan pengawal bertugas sepanjang masa di setiap sel.

Tahanan boleh dikurung sehingga enam bulan tanpa peluang untuk berjumpa peguam atau keluarga, lapor CNN.

Selama beberapa dekad, badan disiplin parti, Suruhanjaya Pusat untuk Pemeriksaan Disiplin (CCDI) menggunakan sistem tahanan rahsia dan tidak sah untuk menyiasat anggota Parti Komunis yang didakwa terlibat dalam rasuah dan kesalahan lain.

Pegawai yang disiasat akan hilang tanpa jejak dan ditempatkan di kompleks parti, hotel atau lokasi tersembunyi selama berbulan-bulan tanpa akses kepada peguam atau lawatan keluarga.

Sejak mengambil alih kuasa pada 2012, Xi melancarkan kempen secara besar-besaran dan agresif untuk membanteras rasuah dan pembelot, menyasarkan pegawai korup serta pesaing politik dalam usaha mengukuhkan kawalan terhadap parti serta tentera.

Lebih membimbangkan, langkah Xi untuk memastikan kesetiaan pegawai kini diperluaskan, dengan menyasarkan usahawan swasta, pentadbir sekolah, dan hospital – tanpa mengira keahlian mereka dalam parti.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×