MUSIM tengkujuh dan banjir memang di luar kawalan manusia. Banjir yang sekali-sekali berlaku mungkin seronok dinikmati oleh sesetengah orang kerana dapat main air.
Namun, kalau tiap-tiap tahun banjir atau dalam tempoh dua bulan lima kali banjir seperti berlaku di Kampung Ara Felda Lasah, Sungai Siput, Perak, ia sudah menjadi bencana.
Ini tak termasuk penduduk di Pantai Timur dan Pahang. Sehinggakan warga emas di Jerantut, Pahang, Aminah Awang Hitam, 73, serik apabila sudah 40 kali sejaka muda berpindah ke pusat pemindahan sementera yang melanda rumahnya di Kampung Paya Teh.
Itu baru soal keperitan terpaksa berpindah. Belum lagi bab kerosakan harta benda dan nilai kerugian yang dialami. Utusan Malaysia pernah melaporkan kerugian akibat banjir tahun ini dianggar mencecah RM1 billion. Ia termasuk pelbagai bentuk bantuan yang terpaksa disalurkan oleh kerajaan kepada mangsa-mangsa terlibat.
Oleh itu sudah sampai masanya untuk negara mencari jalan mengatasi isu banjir. Memang kita bersedia dari segi tenaga kerja dan proseduur operasi standard (SOP) menghadapi banjir. Yang tidak mampu kita tangani adalah kesan dan impak akibat banjir itu.
Negara mempunyai pakar-pakar dalam bidang ini. Seharusnya tenaga dan pemikiran mereka kita gembleng. Antara yang perlu diberi perhatian adalah saranan membangun dan menggazetkan Peta Kerentanan Banjir bagi mengurangkan kadar teruk bencana tersebut pada masa akan datang.
Pemetaan ini adalah salah satu perkara yang wajar dilaksanakan bagi mengelakkan komplikasi lebih parah pada masa akan datang.
Ia memberi tumpuan kepada dataran banjir iaitu kawasan semula jadi yang rawan kepada kejadian banjir dan meliputi kawasan pinggiran yang menjadi zon penampan kepada sungai dan dataran banjir.
Walaupun pemetaan ini penting bagi mengurangkan risiko banjir, keberkesanannya tetap bergantung pada pengurusan guna tanah dan pelaksanaan langkah mitigasi secara menyeluruh.
Untuk itu, inisiatif drastik seperti perancangan dan kelulusan projek mitigasi banjir mega mesti dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh lima tahun ini.
Dalam masa sama, usaha seperti pembinaan empangan dwi-fungsi, projek lencongan sungai dan sistem simpanan air bawah tanah dapat menyelesaikan masalah banjir
sekurang-kurangnya pengurangan ke tahap 30 sehingga 50 peratus.
Tidak dinafikan, faktor perubahan iklim atau peningkatan tren hujan juga perlu diambil kira dalam reka bentuk.
Peristiwa hujan ekstrem yang dahulunya dijangka berlaku sekali setiap 100 tahun kini didapati semakin kerap. Berdasarkan rekod kejadian banjir besar semasa, ia berlaku secara purata dalam tempoh 10 hingga 20 tahun.
Kita maklum mitigasi banjir sememangnya mengambil masa yang panjang dan memerlukan fasa berperingkat bagi memenuhi reka bentuk dan sistem yang lengkap.
Namun, langkah sewajarnya mesti dilakukan agar isu banjir ini dapat ditangani. Setelah bertindak termasuk mewujudkan sistem mitigasi, jika masih banjir, insya-Allah kesannya tidaklah seteruk yang dihadapi sekarang. – UTUSAN
MOHD. RADZI MOHD. ZIN ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Sampai bila nak hadap banjir

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved