28 maut serangan di stesen minyak Khartoum

28 maut serangan di stesen minyak Khartoum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT SUDAN: Rangkaian penyelamat sukarelawan Sudan memaklumkan seramai 28 orang awam terbunuh apabila sebuah stesen minyak di kawasan Khartoum di bawah kawalan separa tentera diserang.

Tentera Sudan, yang memerangi Pasukan Sokongan Pantas (RSF) sejak April 2023 dilaporkan mara ke ibu negara dalam sejak beberapa minggu lalu dalam usaha untuk menguasai semula Khartoum.

Semalam, sebuah stesen minyak di selatan Khartoum yang dikuasai RSF dihujani tembakan, lapor Bilik Tindak Balas Kecemasan Belt Selatan.

Kumpulan sukarelawan yang diketuai belia itu berkata, 28 orang disahkan maut sementara 37 lagi cedera termasuk 29 kes melecur dan beberapa kecederaan serpihan.

Pada awal perang ketika Ketua Tentera, Abdel Fattah Al-Burhan menentang pasukan bekas timbalannya, Komander RSF, Mohamed Hamdan Dagalo, paramiliter telah menolak tentera keluar dari Khartoum.

Kerajaan yang setia kepada Abdel Fattah, berpangkalan di Pelabuhan Sudan di pantai Laut Merah, di mana tentera telah mengekalkan kawalan.

Perang itu sudah membunuh berpuluh-puluh ribu orang awam dan menyebabkan lebih 11 juta orang kehilangan tempat tinggal, mewujudkan apa yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis perpindahan terbesar di dunia.

Pada akhir November, tentera Sudan berkata, pasukannya telah menawan semula ibu negeri Sennar, Sinja di selatan Khartoum lima bulan selepas paramilitari merampasnya.

Sinja ialah kawasan strategik kerana terletak di jalan utama yang menghubungkan kawasan yang dikawal tentera di timur dan tengah Sudan.

Sementara itu, RSF telah menguasai hampir semua wilayah barat Darfur yang luas melalui kawasan pertanian di tengah Sudan ke tenggara yang dikawal tentera.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×