Pakistan kerah tentera kawal protes di Islamabad

Pakistan kerah tentera kawal protes di Islamabad

ANGGOTA polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong parti Tehreek-e-Insaf (PTI) semasa protes menuntut pembebasan bekas Perdana Menteri, Imran Khan di kawasan Zon Merah, Islamabad, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Pasukan tentera dikerah berkawal di Islamabad dengan arahan untuk menembak penunjuk perasaan yang bertindak ganas, ketika pertempuran maut antara polis dan penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan meningkat di ibu negara.

Pihak berkuasa Pakistan melancarkan operasi keselamatan besar-besaran di ibu negara semalam dan isteri bekas pemimpin itu, Bushra Bibi yang mengetuai protes berkenaan dilaporkan sudah melarikan diri.

Kerajaan berkata, sekurang-kurangnya tujuh anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam keganasan itu, ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berarak ke Islamabad untuk menuntut pembebasan Imran dari penjara.

Pegawai hospital memberitahu media tempatan, sekurang-kurangnya empat orang awam meninggal dunia akibat ditembak, dengan lebih 50 yang lain dirawat kerana pelbagai kecederaan di dua hospital kerajaan.

Pada sidang akhbar semalam, Menteri Dalam Negeri, Mohsin Naqvi dan Menteri Penerangan, Attaullah Tarar bagaimanapun menafikan polis melepas tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Polis sebelum ini menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan yang menyerbu dataran awam berhampiran pejabat kerajaan, di mana mereka merancang mengadakan perhimpunan bersama pemimpin parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) diketuai Imran.

Ketegangan memuncak di Islamabad sejak Ahad lalu, apabila penyokong bekas perdana menteri itu memulakan perarakan panjang dari barat laut Pakistan untuk menuntut pembebasannya.

Imran berada di penjara selama lebih setahun dan berdepan lebih 150 kes jenayah yang dikatakan bermotif politik.

Dalam usaha untuk menggagalkan pergolakan tersebut, polis menahan lebih 4,000 penyokong Imran dan menggantung perkhidmatan mudah alih serta internet di beberapa kawasan.

Platform pemesejan dan media sosial juga mengalami gangguan teruk di ibu negara, malah platform X tidak lagi boleh diakses, walaupun dengan menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN).

Perjalanan antara Islamabad dan bandar-bandar lain juga disekat ekoran puluhan kontena penghantaran yang menghalang lalu lintas dengan semua institusi pendidikan masih ditutup.-AP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×