Baristart Coffee: Nikmat susu premium dari Hokkaido kini di KL

Baristart Coffee: Nikmat susu premium dari Hokkaido kini di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA saya tidak pernah mencuba bagaimana rasa susu asli BIEI Jersey Jepun yang diperoleh secara eksklusif dari ladang lembu di Biei, salah satu kawasan di daerah Kamikawa, Hokkaido, Jepun.

Akhirnya, saya mendapat peluang merasai nikmat susu itu apabila Baristart Coffee, yang berpusat di Hokkaido dan sudah membuka cawangannya di pusat beli- belah Bangsar, ibu negara.

Ia sempena pelancaran menu makanan seharian baharu kafe itu dan saya merasai susu istimewa yang nyata jauh berbeza dengan susu biasa di pasaran.

Tetapi, saya tidaklah dihidangkan susu asli segar semata-mata, sebaliknya, ia dicampur dengan kopi dinamakan Baristart Coffee.

Sebatian antara susu dengan kopi memberi tekstur lembut serta halus seakan ‘kain sutera’, sekali gus menyerlahkan rasa latte berkualiti tinggi.

Ketika saya menghirupnya, saya menyangka terdapat gula yang dicampur, tetapi, ia sebenarnya hasil daripada susu premium mengandungi lemak susu tinggi, memberi rasa lebih manis dan berkrim secara semula jadi.

Berharga RM12 segelas, Baristart Coffee, ternyata adalah pilihan tepat jika pelanggan masih berfikir-fikir minuman panas yang harus ditempah jika datang ke sana.

INFO:
Lokasi: Lot G133A,
Pusat Beli-Belah Bangsar
Instagram: @baristartcoffee_my

Susu di kedai Baristart Coffee di Jepun berasal daripada pelbagai jenis lembu, termasuk baka Jersey, Holstein dan Guernsey.

Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand secara eksklusif menggunakan susu Biei Jersey.

Secara luaran, minuman itu mungkin nampak sama seperti kopi menggunakan susu biasa atau jenama lain. Tetapi, sangkaan anda meleset selepas mencubanya disebabkan rasa manis yang terkandung di dalamnya.

Untuk me­nambah pe­nam­pilan da­lam Bari­start Cof­fee, ia meng­gu­nakan seni latte yang di­ha­sil­kan di atas per­mu­kaan mi­numan kopi meng­gunakan susu BIEI Jersey Jepun, sekali gus memaparkan kemahiran artistik barista dalam reka bentuk yang menarik secara visual.

Istimewanya seni latte menggunakan susu premium itu kerana corak buih dihasilkan tidak mudah ‘luntur’ atau hilang seperti susu biasa.

Walaupun terdapat sedikit perubahan pada seni latte selepas beberapa minit, namun, ia masih mengekalkan bentuk asal.

Duta Jenama Baristart Coffee Asia, Naoki Nakatsuka berkata, pihaknya sedar ramai tetamu Malaysia berada di lokasi mereka di Hokkaido dan dengan membawa pengalaman itu ke Malaysia adalah satu langkah baharu.

Katanya, Baristart Coffee kini berada di lima bandar seluruh Jepun dan selain Malaysia, kafe itu berkembang di luar seperti Singapura, Filipina, Thailand dalam tempoh sembilan tahun lalu selain mengintai Indonesia untuk lokasi seterusnya.

“Baristart Coffee mempunyai menu bermusim yang diilhamkan oleh perisa tempatan. Perisa edisi terhad lalu termasuk Milo Cream Puff, Pandan Coconut Cream Puff dan Earl Grey Cream Puff,” katanya.

Selain minuman, saya dihidangkan beberapa juadah istimewa seperti Sukiyaki Sando, Unagi Eggplant Rice Bowl, Prawn Bisque Pasta, Truffle Mushroom Pasta dan Crispy Chicken Salad.

Bagi mereka yang gemarkan hidangan pencuci mulut, jom datang ke Baristart Coffee yang turut menyediakan pencuci mulut berasaskan susu seperti Soft Cream, Cream Puffs dan Cheesecakes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×