Ahli majlis berkuasa berpeluang menjadi calon wakil rakyat

Ahli majlis berkuasa berpeluang menjadi calon wakil rakyat

NUR Aishah Zainol ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PKR cabang Permatang Pauh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEREKA yang telah dilantik sebagai ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lazimnya dipilih oleh pucuk kepimpinan sesebuah parti serta diberikan tugasan berdasarkan portfolio masing-masing dan ditempatkan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perspektif atau peranan seorang ahli majlis PBT ialah menjalankan tugas-tugas serta menjadi pengantara dan bertanggungjawab ke atas ahli exco Perumahan Kerajaan Tempatan mengikut kerajaan negeri yang berkenaan.

Kedudukan dan peluang itu sepatutnya tidak dipersia-siakan kerana keberadaan mereka seumpama seorang wakil rakyat yang boleh mengembangkan potensi dan kepimpinannya di mata rakyat .
Mencuri tumpuan saya, adalah kelibat salah seorang Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, Nur Aishah Zainol. Dia mengambil tanggungjawab selain kerap mempergiatkan beberapa program dan aktiviti yang boleh mendekatkan hubungan antara pihak kepimpinan kerajaan negeri dan komuniti penduduk setempat.

Malahan Nur Aishah bijak menggunakan kedudukannya untuk membina pengaruh menerusi sumbangan dan khidmat bakti terhadap kepentingan pihak komuniti terutamanya di kawasan DUN Penanti.

Nur Aishah yang juga merupakan seorang aktivis masyarakat memiliki pakej terbaik dan berpendidikan tinggi peringkat sarjana membolehkannya memposisikan sebaris kepimpinan wanita sama ada di peringkat parti politik atau sebagainya.

Kendatipun, dia boleh dipertimbangkan untuk dipilih sebagai salah seorang calon bertanding pilihan raya kelak namun masih terdapat anak tangga yang perlu didaki lagi sebelum benar-benar bersedia dan yakin ke arah itu.

Kebetulan terdapat ura-ura akan diadakan sesi pemilihan baharu diperingkat kepimpinan parti, diharap Nur Aishah dapat memanfaatkan peluang tersebut untuk berada pada kedudukan paling atas sama ada di peringkat cabang ataupun kepimpinan wanita negeri.

Peranan seorang ahli majlis PBT sememangnya memiliki peluang cerah untuk melonjakkan kedudukan berdasarkan potensi dan bakat kepimpinan sama ada di peringkat masyarakat atau komuniti penduduk malah lebih jauh lagi adalah di peringkat kepimpinan parti.-UTUSAN

PEMERHATI BEBAS POLITIK
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×