Pasar malam Kangar kembali dibuka selepas 30 tahun

Pasar malam Kangar kembali dibuka selepas 30 tahun

PENIAGA pasar malam kembali berniaga di tapak parkir pasar besar lama di Kangar, semlam yang dibuka semula selepas hampir 30 tahun. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Mereka di era 80-an atau yang membesar di zaman 90-an pasti masih segar dalam ingatan bagaimana keseronokan dan kemeriahan pasar malam Kangar di tapak parkir pasar besar lama di sini.

Pada masa itu, pasar malam Kangar yang berlangsung pada setiap Rabu merupakan terbesar di negeri ini yang cukup dinantikan oleh seluruh warga Perlis.

Bagaimanapun, pada tahun 1998, lokasi pasar malam ber­kenaan ditukarkan ke kawasan letak kereta di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra dan selepas itu sudah tidak beroperasi lagi.

Selepas hampir 30 tahun, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil inisiatif mewujudkan semula pasar malam di tapak parkir pasar besar lama itu pada setiap Rabu sekali gus menggamit semula kenangan warga negeri ini.

Pada hari pertama pembuka­an semula itu, sambutan cukup meriah melibatkan para peniaga daripada 120 lot niaga membabitkan tiga zon jualan seperti makanan, barangan basah dan aksesori tersebut tidak bero­perasi.

Seorang warga emas, Talib Jabar,75, berkata, dia mempunyai banyak kenangan di pasar malam berkenaan kerana pernah berniaga di situ di era awal sehingga lewat 90-an.

Katanya, dia meluangkan ma­­sa bersama isteri dan cucu mengunjungi pasar malam berkenaan bagi mengimbau semula nostalgia di situ.

“Satu ketika dahulu, pasar malam Kangar ibarat pesta bagi rakyat negeri ini di mana rakyat Perlis tidak sabar menantikan setiap hari Rabu bagi mengunjungi pasar malam terbesar itu. Dahulu tidak banyak pasar malam dan antara paling popular adalah di Kangar dan Arau.

“Selepas itu, pasar malam agak banyak di negeri ini namun sudah pastinya antara pasar malam yang sentiasa kekal diingati adalah pasar malam Kangar ini. Apabila ia dibuka kembali, ia sangat disambut baik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×