Ukraine tawan 717 tentera Russia di Kursk

Ukraine tawan 717 tentera Russia di Kursk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Ukraine menawan lebih 700 askar Russia sejak melancarkan serangan mengejut ke wilayah sempadan Moscow di Kursk pada Ogos lalu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, satu daripada objektif serangan rentas sempadan yang mengejutkan itu adalah untuk menambah tawanan perangnya dan menukarkan mereka dengan tentera Ukraine yang ditangkap.

Ketua Komander Tentera Ukraine, Oleksandr Syrsky dalam catatan di media sosial memaklumkan pasukannya sudah menahan 717 tentera Russia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun berperang selama hampir tiga tahun, Moscow dan Kyiv masih menyelaraskan pertukaran tawanan perang dan mengadakan berpuluh-puluh pertukaran sejak Kremlin menghantar tentera ke Ukraine pada Februari 2022.

Pegawai tentera Russia dan penulis blog mendakwa tentera Russia telah menghalang tentera Ukraine dari memasuki wilayah Kursk.

Kyiv berkata, minggu ini pasukan tenteranya bertembung dengan tentera Korea Utara buat kali pertama di Kursk sejak sekutunya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi amaran terhadap penempatan ribuan tentera Pyongyang untuk meningkatkan usaha perang Kremlin.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN