Anugerah Knights baru-baru ini meraikan ikon berprestij dari dalam dan luar negara.
Anugerah gilang-gemilang yang diadakan untuk musim ketiga itu mengangkat 44 personaliti dan syarikat yang cemerlang daripada pelbagai industri sebagai penerima pengiktirafan.
Antaranya, ikon fesyen tempatan, Datuk Sri Bernard Chandran yang merupakan antara individu yang menerima anugerah kategori Duke.
Ia anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan dan kepimpinan unggul penerimanya.
Penerima anugerah ini dilihat sebagai satu-satunya dalam bidang masing-masing kerana berjaya menerajui kejayaan revolusi.
Bernard juga dikenali sebagai Raja Fesyen, sudah bertapak selama lebih 30 tahun dalam industri fesyen negara.
Keunggulan sentuhannya menarik pelbagai pelanggan daripada golongan kenamaaan bahkan selebriti antarabangsa seperti Lady Gaga dan Fan Bingbing.
Turut menerima penghargaan sama adalah Penyanyi Antarabangsa Amerika Utara, Daniel Powter; Pereka Pewangi Lagenda Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusuf Bhai; Usahawan Paling Inspirasi Tahun Ini, Felix Demin dan
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Wanita Ikonik Timur Hong Kong, Law Lan.
Senarai penerima Kategori Duke untuk sektor Korporat adalah Rangkaian Media Unggul Sepanjang Zaman, ASTRO; Syarikat Teknologi Medan Minyak Luar Pesisir Cemerlang (China), Hainan Longpan Oilfield Technology.
Turut tersenarai, Syarikat Percetakan ESG Terbaik Tahun Ini, Welcome2Print Sdn. Bhd., Mercu Ikonik Telekomunikasi Tahun Ini, Menara Kuala Lumpur dan Syarikat Makanan Formula Kesihatan Terbaik Untuk Kesihatan Paru-Paru
Tahun Ini, TIGROX TIGER MILK KING.
Majlis julung kali diadakan ini diasaskan oleh Usahawan, Dr. Zyro Wong dengan kerjasama Mee Hiris China Muslim itu, bertujuan memberi pengiktirafan kepada ikon usahawan dan selebriti yang berjaya mencipta revolusi dalam bidang masing-masing.
Kategori lain turut dipertandingkan ialah Kategori Earl yang mengiktiraf sumbangan signifikan individu yang mengatasi semua piawaian kerja.
Senarai penerima Anugerah Kategori Earl untuk pencapaian peribadi disampaikan kepada Lara Maigue dari Filipina, Albert Nicomedes, Goh Liu Ying, Kien Lim, (Dr) Eric Ang, Master Suyen Lim, Profesor Dr Tan Yen Wooi, Dato Vincent Nee, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.
Penerima lain adalah Enkh-Erdene Otgonbaatar dari Mongolia, Philip Keung dari Hong Kong dan Putri Ariani dari Indonesia.
Pemenang korporat termasuk Nicol David Organization (NDO), Marq Academy, TY & TWC Roller Shutter Sdn. Bhd., Juss, Cubebee Design Sdn. Bhd., Naqiz & Partners, Mee Hiris China Muslim, Bear Boss Buddies, Chamrun AI Australia, Bingxue, Trendy Bakery & Confectionery (M) Sdn. Bhd., KL Hop On Hop Off dan LJACK (M) SDN. BHD.
Anugerah Kategori Baron mengiktiraf perintis industri diterima Syed Farouq, Fatemeh Shadmanizadeh dari Iran dan Peter Rosalita dari Abu Dhabi.
Bagi kategori Korporat, penerimanya termasuk The Joi dari Thailand, Xiins Aesthetic, Lesung Saigon dari Vietnam, Ninja Private Kitchen, Rich Talents International College dan ICHI YAMA TAKA KABUSHIKI dari Jepun.
Anugerah Knights bukan sekadar anugerah popular semata-mata, sebaliknya berperanan sebagai pencetus industri yang bertujuan untuk memperkasakan pemenang melalui pelbagai usaha sinergi.
Ia turut menjadi saluran pemadanan perniagaan, platform rangkaian elit, transformasi perniagaan, lawatan korporat dan juga menggalakkan semangat persahabatan dan perkembangan bersama dalam kalangan pemenang itu sendiri.
Anugerah ini berdiri sebagai ikon dan mercu pengupayaan serta pengikhtiraf pencapaian terbaik dan cemerlang individu dan syarikat dari seluruh dunia.
Melalui kejayaan dan pengembangan platform yang berterusan, Anugerah Knights dengan bangganya menyumbang kepada negara sebagai pusat keusahawanan dan inovasi sekaligus memupuk kerjasama rentas industri dan merentas sempadan dengan tagline ‘Bersatu, Membangun dan Mekar’.










