Suami liat mandi pagi

Suami liat mandi pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

SEPULUH tahun berkahwin dengan suami yang tidak suka mandi pagi. Walaupun sudah dibelikan pelbagai produk tetapi dek tabiat itu, badannya jadi berbau. Apa tips menggalakkan suami mandi? -ISTERI TERKILAN 

 

JAWAPAN 

Dalam sesebuah perkahwinan, setiap pasangan pasti akan melalui pahit manis kehidupan berumahtangga. 

Salah satu cabaran yang jarang dibincangkan tetapi boleh menimbulkan ketegangan apabila perlu berhadapan dengan pasangan yang tidak menjaga kebersihan diri. 

Menghadapi pasangan seperti ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk memberi didikan berterusan. 

Kebersihan bukan sahaja mempengaruhi kesejahteraan  fizikal, tetapi mental pasangan.

Apabila masalah kebersihan tidak ditangani dengan baik, ia boleh menyebabkan konfik besar dalam rumahtangga. 

Berikut beberapa tips yang boleh membantu menggalakkan pasangan menjaga kebersihan diri: 

-Berkomunikasi: Ajak suami berbincang secara terbuka. Elakkan membuat teguran secara kasar kerana ia mungkin membuatkan suami lebih defensif. Puan boleh memulakan perbualan dengan penuh kasih sayang. Contohnya: “Abang, menjaga kebersihan diri penting tau. Saya risau dengan kesihatan abang. Kalau dah mandi, badan bersih dan jiwa tenang”.

-Beri pujian: Sekiranya suami mula atau berusaha menjaga kebersihan, terus berikan pujian. Fokus pada perubahan positifnya seperti badan lebih segar atau wangi selepas mandi. Ia dapat memberi dorongan untuk suami terus menjaga kebersihan. 

-Berkongsi imu kesihatan: Memberi penerangan kepada suami bahawa penjagaan kebersihan diri secara tidak teratur, boleh mempengaruhi kesihatan diri seperti berdepan masalah kulit, bau badan atau jangkitan kuman.

-Produk mandian: Cari produk mandian yang wangi dan menyenangkan seperti sabun, syampu atau minyak aromaterapi yang boleh meningkatkan motivasi untuk mandi. Pilih produk yang mungkin disukai oleh suami untuk merangsang minatnya untuk mandi. 

-Cipta rutin baru: Bantu suami untuk menjadikan mandi sebagai rutin harian seperti selepas bekerja atau sebelum tidur. Apabila rutin ini menjadi kebiasaan, ia lebih mudah diikuti tanpa paksaan. 

-Mandi bersama: Jadikan aktiviti mandi bersama sebagai waktu yang menyeronokkan dengan pasangan. Ia bukan sahaja membantu menjaga kebersihan malah dapat meningkatkan keintiman dalam perhubunganan suami isteri. 

-Memberi sokongan berterusan: Mengubah kebiasaan memerlukan masa. Berikan sokongan dan teguran secara berterusan. Doakan suami agar mudah menerima teguran dan ingin melakukan perubahan untuk kesejahteraan keluarga. Menerusi pendekatan dan sokongan berterusan, diharapkan suami akan lebih terbuka untuk mengubah kebiasaannya dan menjaga kebersihan diri demi kesejahteraan diri dan rumahtangga yang dibina

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×