Letupan baharu berhampiran kedutaan Israel di Denmark

Letupan baharu berhampiran kedutaan Israel di Denmark

Letupan berlaku sekitar 500 meter dari kedutaan Israel di Copenhagen.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Satu letupan baharu berlaku berhampiran kedutaan Israel di Denmark hari ini, ketika dunia memperingati ulang tahun keganasan Israel terhadap Gaza.

Letupan itu dilaporkan sekitar 500 meter dari kedutaan di Copenhagen dan berlaku lima hari selepas dua letupan berhampiran bangunan tersebut, di mana dua warga Sweden ditahan.

Pegawai polis Copenhagen, Trine Moller tidak menolak kemungkinan letupan itu disebabkan oleh tembakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sudah meneliti sama ada kemungkinan terdapat kaitan dengan insiden (sebelum ini) di kedutaan Israel.

“Tiada petunjuk bahawa ia ada kaitan,” katanya kepada wartawan.

Imej di media tempatan menunjukkan kesan letupan di hadapan sebuah bangunan kediaman, kira-kira 500 meter dari kedutaan Israel.

Agensi perisikan Sweden, Sapo mendakwa Iran mungkin terlibat dalam letupan pada 2 Oktober lalu di Denmark, serta tembakan dekat kedutaan Israel di Stockholm sehari sebelumnya.

Pada Mei, Sapo mendakwa Iran sedang merekrut anggota geng jenayah Sweden untuk melakukan keganasan terhadap kepentingan Israel dan lain-lain di Sweden, namun dinafikan oleh Teheran.

Denmark menangkap tiga warga Sweden minggu lalu berhubung letupan itu dan dua daripada mereka, berusia 16 dan 19 tahun, kini direman selama 27 hari.

Polis Copenhagen berkata, seorang lagi warga Sweden yang ditangkap berhampiran tempat kejadian, sudah dibebaskan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN