Bapa jual bayi 11 bulan, gara-gara perlu wang untuk berjudi

Bapa jual bayi 11 bulan, gara-gara perlu wang untuk berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGERANG: Seorang lelaki ditahan selepas menjual anaknya yang berusia 11 bulan, gara-gara terdesak memerlukan wang untuk berjudi.

Suspek yang berusia 36 tahun mengaku menjual bayi itu dengan harga 15 juta rupiah (RM4,085) kerana kehabisan wang akibat berjudi dalam talian.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Metro Tangerang, David Yunior Kanitero berkata, suspek menjual bayinya untuk memenuhi keperluan ekonomi, sementara ibu mangsa bekerja di Kalimantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, polis turut menahan dua lagi individu berusia 30-an yang disyaki menjadi pembeli bayi berkenaan.

“Pada mulanya, transaksi jual beli bayi itu berlaku selepas suspek melihat maklumat mengenai permintaan membeli kanak-kanak yang dimuat naik di Facebook pembeli.

“Suspek yang berminat segera menghubungi pemilik akaun dan membuat janji temu dengan dua individu pembeli untuk menjalankan transaksi di kawasan Tangerang, di kawasan sepanjang Sungai Cisadane, Sukasari, Kota Tangerang,” katanya.

Beliau berkata, suspek mengambil mangsa daripada ibu mentuanya dengan alasan untuk membawa bayi terbabit ke rumah saudara di Tangerang.

Tanpa pengetahuan ibu bayi itu, suspek menjual anaknya dan menerima bayaran RM4,085 daripada pemilik akaun Facebook terbabit.

“Apabila dia pulang ke Jakarta dan ibu kandung mangsa bertanya mengenai anaknya, dia hanya menjawab berada di Tangerang.

“Oleh kerana curiga, di terus mendesak pelaku berterus-terang sebelum suspek mengaku menjual anak mereka kepada seorang individu di Tangerang,” katanya.

Kesal dengan tindakan suami, wanita terbabit kemudiannya melaporkan suspek kepada Polis Metro Kota Tangerang dan ditahan pada 1 Oktober lalu.– KOMPAS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini