Anak terlanjur dengan kekasih

Anak terlanjur dengan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
Anak saya sangat baik namun kebelakangan dia mula berubah. Tidak mahu solat, mengurung diri dan paling mengecewakan apabila mendapat tahu dia sudah terlanjur dengan kekasih. Bagaimana cara untuk saya bantu anak.

Ibu Bimbang

Jawapan
Ibu bapa berperanan menjaga, mengurus dan mendidik anak-anak supaya meningkat dewasa kelak menjadi anak yang baik. Bab kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Namun begitu, bukan mudah untuk menguruskan mereka dengan persekitaran yang kian mencabar. Jaga macam mana pun, pasti ada juga yang terlibat dengan gejala sosial.

Menghadapi situasi ini sangat mengecewakan hati.

Tambahan pula apabila ibu bapa sedaya upaya mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang namun sekelip mata rosakkan di tangan orang lain.

Berikut beberapa langkah yang boleh membantu:

Tenangkan diri – Ambil masa tenangkan diri sebelum adakan berbincang dengan anak. Jika puan berbicara dalam keadaan beremosi, mungkin anak akan menjauhkan diri. Usahalah agar dapat berbicara dengan tenang dan kasih sayang.

Dekati anak – Cuba memahami perspektif anak. Mengapa dia berubah? Mungkin ada tekanan atau pengaruh luar menyebabkannya bertindak sedemikian. Dekati dan fahami tanpa terus menghakimi.

Berkomunikasi – Ajak anak berkongsi secara terbuka tentang perubahan sikap dan kesalahan dilakukan. Nyatakan perasaan kecewa anda rasai dan usaha daripada menunding jari secara berlebihan sebaliknya fokus memperbaiki keadaan.

Sokongan Moral dan Agama – Ingatkan anak kepentingan solat dan nilai agama. Bimbingnya untuk bertaubat dan bantu ke jalan yang benar dengan lembut dan kasih sayang. Bantu anak dengan aktiviti keagamaan.

Sokongan profesional – Jika perlu, bawa anak untuk mendapatkan bantuan kaunselor. Ada kalanya, anak-anak akan lebih jujur dan terbuka untuk berkongsi dengan orang luar dalam memberi nasihat dan sokongan.

Pengawasan dan sokongan berterusan – Pantau pergaulan anak dengan lebih ketat. Bukan untuk mengongkong, tetapi memastikannya berada dalam persekitaran positif.

Berdoa dan taubat – Teruskan berdoa dan mohon pertolongan dari Allah. Doa ibu sangat mustajab, sabar dan teruskan kuat semangat, mudah-mudahan anak insaf.

Pertimbangan lanjutan – sekiranya situasi melibatkan kehamilan atau masalah serius, berbincanglah dengan pakar untuk menentukan langkah yang terbaik perlu diambil.

Pendekatan penuh kasih sayang dan kesabaran adalah kunci untuk menangani situasi ini. Kuatkan semangat dan bimbinglah anak-anak dengan bijaksana dan doa berterusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×