Sektor pelancongan Chiang Mai terjejas akibat banjir

Sektor pelancongan Chiang Mai terjejas akibat banjir

PENUNGGANG motosikal terpaksa meredah banjir di wilayah utara Chiang Mai, kelmarin.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sektor pelancongan di Chiang Mai semakin terjejas akibat bencana banjir yang melanda wilayah itu.

Banjir yang dicetuskan oleh limpahan Sungai Ping di daerah Mueang, Chiang Mai, lebih buruk berbanding pada tahun 2011, lapor Nation TV.

Peningkatan paras sungai itu membanjiri kawasan kediaman dan zon komersial di daerah tersebut pada Rabu, termasuk Pasar San Pa Khoi serta kejiranan Charoen Prathet dan Night Bazaar.

Majlis Pelancongan Chiang Mai berkata, sebulan banjir di utara Thailand menyebabkan sektor pelancongan merosot apabila pelancong membatalkan rancangan mereka berkunjung ke wilayah itu.

Katanya, kawasan lain yang terjejas termasuk daerah Mae Rim, yang terkenal dengan taman semula jadi dan pelancongan pengembaraan.

Tarikan di kawasan tersebut ditutup sementara, lapor Bangkok Post.

Sekurang-kurangnya 2,000 rumah dijangka terjejas akibat banjir ini, terutamanya di sekitar Night Bazaar, dengan paras air melebihi satu meter.

Peniaga jalanan bergelut untuk memastikan perniagaan mereka tidak terjejas banjir, manakala kenderaan kecil tidak lagi boleh melalui jalan dari Nong Hoi ke Jambatan Nawarat.

Chiang Mai sudah kehilangan pendapatan pelancongan selama beberapa bulan ketika musim jerebu melanda pada awal tahun ini.- ASIA NEWS NETWORK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×