Jemaah Menteri serah polis siasat kes GISBH

Jemaah Menteri serah polis siasat kes GISBH

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri menyerahkan kepada pihak polis berhubung isu kegiatan global Ikhwan Services and Business Sdn. Bhd. (GISBH) memandangkan ia dalam siasatan pihak berkuasa tersebut.

Jurucakap Kerajaan Perpa­duan, Fahmi Fadzil mengesahkan perkembangan kes ber­kenaan ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh mengulas lanjut perkembangan kes itu kerana ia masih dalam siasatan polis dan tindakan oleh pihak mahkamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak akan sentuh lanjut tapi Jemaah Menteri akan menerima maklumat terkini dari semasa ke semasa.

“Cuma memandangkan ada beberapa perkara masih dalam siasatan dan tindakan termasuk di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Ditanya kenapa tindakan baru diambil terhadap pertubuhan itu sedangkan ia telah diawasi sejak 2011, Fahmi berkata, entiti dan pertubuhan itu telah berubah beberapa kali sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam Operasi (Op) Global yang dilakukan sejak 18 September lalu, polis menahan lebih 200 individu termasuk pemegang jawatan tinggi dalam GISBH menerusi empat fasa serbuan terhadap premis berkaitan syarikat itu di seluruh negara.

Malah, dalam serbuan pertama, polis menyelamatkan 402 individu terdiri daripada remaja dan kanak-kanak di 20 buah sekolah agama dan rumah kebajikan sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, media sosial memainkan peranan penting dalam mendedahkan kegiatan GISBH baru-baru ini sehingga pertubuhan itu disiasat pihak berkuasa.

Katanya, selepas didedahkan di media sosial, ia (GISBH) kemudian mendapat perhatian orang ramai termasuk kerajaan dan pihak berkuasa.

“Jadi, tidak boleh dinafikan media sosial memainkan pe­ranan dalam usaha membanteras kegiatan dibawa pertubuhan itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×