Negara mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Maj­lis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Perlembagaan Per­sekutuan dan peraturan Majlis Raja-Raja.

Raja Permaisuri Agong me­rupakan isteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah gelaran rasmi bagi isteri Ke­tua Negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh ialah Seri Paduka Baginda Raja Permai­suri Agong apabila ditabalkan.

Memetik buku bertajuk Permaisuri: Raja Permaisuri Agong 1 hingga 14 hasil tulisan Normala Hamzah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd, Raja Permaisuri Agong tidak dipi­lih tetapi isteri kepada raja atau sultan sesebuah negeri akan menjadi Raja Permaisuri Agong apabila suaminya dipi­lih untuk meme­gang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

BUKU bertajuk Permaisuri: Raja Permaisuri Agong 1 hingga 14 hasil tulisan Normala Hamzah terbitan Ut
BUKU bertajuk Permaisuri: Raja Permaisuri Agong 1 hingga 14 hasil tulisan Normala Hamzah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd.

Lazimnya, Raja Permaisuri Agong mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam acara rasmi dan tidak rasmi serta upacara diraja dan kenegaraan. Raja Permaisuri Agong memainkan peranan sebagai wanita pertama Malaysia dan simbol permata hati rakyat Malaysia.

Khidmat dan sumbangan bakti baginda menjadi Sulta­nah dan Raja Permaisuri A­gong yang kaya dengan sifat peramah, prihatin dan pe­nyayang membuatkan rakyat jelata jatuh hati yang menggambarkan baginda sebagai seorang raja berjiwa rakyat.

Raja Permaisuri Agong adalah ikon wanita Malaysia, sebutir permata indah, cantik dipandang dan dekat di hati.

Kemuliaan Raja Permaisuri Agong yang pertama hingga ke hari ini cukup ter­kenal dengan sifat penyayang dan sifat murah hati. Baginda merupakan penaung kepada banyak badan kebajikan dan amal.

Pengorbanan dan bakti Raja Permaisuri Agong sebagai ikon penting sistem pemerin­tahan beraja mengung­kap kekuatan wanita dalam keayuannya sebagai Raja Permaisuri Agong tidak berbalas dengan kata-kata malah akan terus kekal dalam ingatan rakyat.

Atas sifat-sifat murni ke­mesraan, keramahan, pri­ha­tin, kasih sayang dan pengor­banan itu, peranan Raja Permaisuri Agong yang sentiasa berdiri teguh di sam­ping Yang di-Pertuan Agong, memupuk semangat rasa taat setia dan kasih sayang rakyat Malaysia yang diumpamakan sebagai sebutir permata yang indah.