Dalam usaha membanteras aktiviti perjudian yang melibatkan umat Islam, kerajaan ketika itu telah memperkenalkan beberapa langkah utama bagi memastikan kemaslahatan umat Islam di negara ini terus terpelihara.

Langkah itu turut dilapor­kan oleh akhbar Utusan Malaysia pada muka depan bertarikh 12

AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 6 Mei 1983 bertajuk Sultan Pahang setuju larang Islam ke kasino.
AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 6 Mei 1983 bertajuk Sultan Pahang setuju larang Islam ke kasino. 

September 1982 “Kasino akan ditutup” melaporkan, langkah pertama yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menutup semua pusat perjudian di seluruh negara termasuk pusat kasino di Genting Highlands.

Bagaimanapun laporan itu menyebut, tindakan itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat kerana ia melibatkan banyak masalah seperti masa depan pekerja-pekerja yang terlibat dengan kasino itu.

“Langkah pertama kerajaan ialah menutup dan mengharam­kan semua umat Islam daripada memasuki tempat-tempat perjudian termasuk kasino di Genting Highlands. Kerajaan telah pun bertindak ke arah penutupan kasino itu dengan menaikkan cukai terhadap tempat perjudian itu. Cukai lesen, cukai berjudi dan cukai bertaruh telah dinaikkan 2,000 hingga 4,000 peratus,”.

Desakan penutupan pusat perjudian termasuk kasino Genting Highlands itu timbul selepas Pergerakan Pemuda UMNO meluluskan usul sebulat suara mendesak kerajaan menghapuskan segala jenis aktiviti perjudian di negara ini selaras dengan agama Islam sebagai agama rasmi di Perhimpunan Agung UMNO pada 9 September 1982.

Semasa perbahasan usul tersebut, seorang wakil dari Kelantan telah mencabar Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menutup kasino di Gen­ting Highlands memandangkan kasino tersebut terletak dalam Negeri Pahang.

Kecaman wakil tersebut terhadap kasino itu mendapat sokongan seorang lagi wakil dari Pahang yang turut membahaskan usul itu.

Berikutan desakan daripada pelbagai pihak itu, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Mei 1983 di muka depan melaporkan berita bertajuk “Sultan Pahang setuju larang Islam ke kasino”.

Laporan itu memetik, Najib berkata, Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam negeri ini bersetuju melaksanakan larangan ke atas umat Islam dari memasuki dan berjudi di kasino Genting Highlands.

“Sultan Pahang telah mempengerusi mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu

AKHBAR Mingguan Malaysia bertarikh 12 September 1982 bertajuk Kasino akan ditutup. Laporan itu diter
AKHBAR Mingguan Malaysia bertarikh 12 September 1982 bertajuk Kasino akan ditutup.
Laporan itu diterbitkan sempena Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO pada 9 September 1982.

Pahang dan mesyuarat itu telah bersetuju larangan itu dilaksanakan mengikut Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982,”.

Najib berkata, tarikh penguat­kuasaan larangan itu akan diumumkan tidak lama lagi, iaitu sebaik-baiknya segala urusan berhubung perkara itu dapat diselesaikan.

“Kelambatan itu bukan disengajakan, tetapi sebagai memberi masa kepada pihak tertentu menyediakan perlaksanaan larangan itu. supaya benar-benar memberikan kesan sebagaimana yang diharapkan,”katanya.

Dalam laporan itu juga menyebut, beberapa orang pegawai ter­tentu dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Perbendaharaan dan wakil Kerajaan Pusat ditempatkan di kasino tersebut bagi menjamin perlaksanaan la­rangan itu.

Mengikut undang-undang Pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, mereka yang disabitkan melanggar peraturan ini akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah dan jika disabit kesalahan dikenakan denda RM250 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Larangan ini melibatkan orang Islam warganegara Malaysia dan penguatkuasanya itu dilakukan bersama oleh pegawai JAIP.

Idea pembinaan pusat peranginan itu telah dibangunkan oleh pengasasnya, Tan Sri Lim Goh Tong. Goh Tong telah melaksanakan projek kuasa hidro elektrik yang dinaungi oleh syarikat British. Pihak British melihat Genting mempunyai potensi yang cukup besar untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan.

Justeru itu, pada 27 April 1965, Genting Highlands Berhad telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Pahang dan Selangor untuk memajukan kawasan tersebut.

Sehubungan itu, pada 31 Mac 1969,Tunku Abdul Rahman telah meletakkan batu asas di Genting Highlands serta merasmikan Hotel Highlands.

Terdapat empat buat hotel antaranya ialah Genting, Highlands, Resort dan Theme Park. Selain itu, terdapat dua buah apartmen mewah iaitu, Ria dan Kayangan.

Pusat peranginan itu turut menjadi pemegang lesen kasino yang pertama dan terakhir di negara ini apabila kabinet pentadbiran Tunku Abdul Rahman yang bermesyuarat pada petang 28 April 1969 bersetuju meluluskan permohonan pengasas Genting, Lim Goh Tong mengendalikan pusat perjudian itu.

Terdapat juga sebuah padang golf yang bertaraf antarabangsa. Pada tahun 1997, Genting Skyway telah memperkenalkan kereta kabel yang terpantas di dunia dengan kelajuan 21.6km sejam serta merupakan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.