Breakdance yang diasaskan oleh penyanyi legenda, James Brown melalui gerak tari Funk dalam lagunya Get On The Good Foot yang disiarkan melalui televisyen di seluruh dunia ketika tu menjadi trending anak-anak muda untuk meniru gaya dan tariannya.

Bukan setakat kanak-kanak, malah orang dewasa dan berusia teruja untuk menari tarian breakdance pada setiap majlis dan pesta.

AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 7 September 1984 bertajuk “Breakdance: 50 belia diberkas”. Seramai
AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 7 September 1984 bertajuk “Breakdance: 50 belia diberkas”. Seramai 50 belia diberkas ketika asyik menari tarian breakdance di Medan Bandar di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. 

Di Malaysia, fenomena ta­rian jalanan kombinasi daripada budaya barat, hip hop Amerika Afrika dan Latin yang popular di New York itu yang menampilkan elemen utama: toprock, downrock, bergerak kuasa dan membeku tidak dapat dinafikan kepopularannya sehingga tarian tersebut menular tanpa mengira tempat termasuk di kompleks beli belah, pasar raya dan di jalan-jalan bandar utama sehingga banyak me­nimbulkan pandangan positif dan negatif mengenai tarian tersebut.

Kupasan daripada sudut kesan kepada aspek budaya dan kehidupan juga disentuh, sehingga me­ngundang kemarahan dan sensitiviti orang ramai apabila anak-anak muda berpeleseran di kaki-kaki lima jalan sebagai lokasi untuk menari tarian tersebut.

Bertitik tolak daripada gejala itu, ada pelbagai pihak yang mempersoalkan tarian breakdance boleh meruntuhkan nilai-nilai moral masyarakat timur sedikit demi sedikit.

Tidak kurang juga yang menganggap tarian ini pencetus kepada masalah gejala-gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat, malah sema­kin berleluasa saban hari khususnya dalam golongan remaja yang bertindak me­lakukan perbuatan tidak senonoh ketika berkumpul.

Gejala tersebut turut dilaporkan oleh wartawan Utusan Malaysia, Mat Piah Teh Deris muka depan akhbar Utusan Malaysia pada 7 September 1984 bertajuk “Breakdance: 50 belia diberkas” melaporkan, polis memberkas kira-kira 50 orang belia lelaki belasan tahun yang sedang asyik menari breakdance di Medan Bandar di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar Kedah.

Dalam laporan itu, polis menerima aduan mengenai kegiatan tersebut yang menyebabkan lalu lintas dan mengganggu umat Islam untuk menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di Masjid Zahir yang bertentangan de­ngan tempat itu.

Mengulas laporan Utusan Malaysia bertarikh 7 September 1984, sehari selepas itu, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Dr. Sulaiman Daud di muka depan akhbar Utusan Malaysia 8 September 1984 bertajuk “Menteri seru kawal breakdance” telah memberi reaksi, beliau menyeru supaya tarian breakdance dikawal kerana tarian itu disifatkan sebagai ikut-ikutan yang “sudah” menjadi gangguan kepada orang ramai.

Katanya, kementeriannya memandang berat terhadap masalah sosial yang mula me­rebak dalam kalangan anak-anak Melayu di negara ini.

Dr. Sulaiman berkata, ta­rian itu adalah membahayakan kerana kebanyakan anak muda hanya menirunya setelah menonton wayang dan video tanpa mengetahui selok belok untuk melakukannya.

“Ikut-ikutan seumpama itu hendaklah dikawal sebelum ia berleluasa dan menjadi gangguan kepada orang ramai,”katanya.

Sumber: Pusat Maklumat Utusan