Lagu ciptaan S. Jibeng ini benar-benar menyentuh perasaan pendengar lantaran seni katanya yang begitu puitis menggabungkan watak seorang musafir yang hidup sebatang kara akibat kehilangan ibu dan ayah hanya mampu menangis tatkala mengunjungi pusara orang tuanya.

LAGU nyanyian P. Ramlee Dendang Perantau dan Selamat Hari Raya nyanyian Saloma sentiasa menggamit le
LAGU nyanyian P. Ramlee Dendang Perantau dan Selamat Hari Raya nyanyian Saloma sentiasa menggamit lebaran bakal tiba. 

Kata-kata puitis: “Oh, tuhan yang maha kaya, hamba menangis di pagi raya” begitu menusuk ke jiwa pendengar apabila teringatkan kehidupan yang dialami sebagai seorang anak yatim piatu.

Selain itu, lagu ‘Dendang Perantau’ nyanyian P. Ramlee dan Selamat Hari Raya dendangan Saloma antara lagu bertemakan hari raya yang tidak pernah lapuk sering diputarkan oleh stesen radio tempatan menjelangnya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Dendang Perantau nya­nyian seniman agung itu mengisahkan kehidupan insan yang kecewa terpaksa tinggal jauh di perantauan hanya mampu mengenang detik-detik indah ketika bertemu dengan si dia kekasih hati di kampung halaman dahulu tetapi segala-galanya telah musnah berkecai.

Lagu-lagu raya ciptaan Yusor E.F. dalam album ‘Aku, Dia dan Lagu’ seperti Aidilfitri dan Joget Aidilfitri oleh Sanisah Huri juga tidak ketinggalan memeriahkan lebaran saban tahun.

Menurut Utusan Malaysia, 8 Februari 2006, lagu Musafir di Aidilfitri sentiasa bertakhta di hati peminatnya lantaran lagu itu turut membawa kenangan peribadi kepada penyanyi penyanyi irama 60-an itu yang boleh bermain gitar, drum dan menggubah lagu.

“Selain menyanyi, S. Jibeng juga merupakan seorang penggubah lagu dan menghasilkan banyak lagu popular seperti Musafir Di Aidilfitri, Inai Di Jari, Selamat Tinggal Pujaan dan Gadis Pertiwi” (Utusan Malaysia 8 Februari 2006).

Kisah penyanyi cacat peng­lihatan itu pernah menggemparkan negara apabila S. Ji­beng menjadi penyanyi jalanan lantaran desakan hidupnya untuk mencari sesuap nasi di Jalan Othman, Petaling Jaya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 1 Mei 1997 muka surat 3.

S. Jibeng atau nama penuhnya Jaafar Sidek menyatakan, walaupun beliau pernah menjadi penyanyi terkenal suatu ketika dahulu ketika era Pop Yeh Yeh namun tidak segan silu menyanyi di khalayak ramai sebagai penyanyi jalanan.

“S. Jibeng sendiri turut mendendangkan lagu popularnya, Musafir di Aidilfitri dengan penuh perasaan selepas diminta oleh para pengunjung yang menyaksikan persembahan itu.

S. JIBENG
S. JIBENG

“Penyanyi itu berada di ibu negara sejak tiga hari lalu bertujuan membantu pemuzik jalanan yang senasib dengannya bagi mencari rezeki” (Utusan Malaysia 1 Mei 1997 muka surat 3).

Johan Jaaffar dalam nota kaki bertajuk ‘Bayangkan Hari Raya Tanpa Saloma’ yang di­siarkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Februari 1996, menyatakan agaknya hari raya tidak akan lengkap tanpa lagu ‘Selamat Hari Raya’ nyanyian biduanita negara itu.

Lagu yang seni kata dan ciptaannya oleh Ahmad Jaafar ini telah melalui entah sekian banyak variasinya tetapi di tangan Saloma, tetapi ia tetap indah, menawan dan mengembalikan nostalgia menjelangnya lebaran.

“Oleh sebab itu walaupun ratusan lagu sempena hari raya telah dicipta, Selamat Hari Raya tetap merupakan lagu rasmi perayaan itu sehingga ke hari ini,” tulis Johan (Utusan Malaysia 12 Februari 1996).

Menurut Johan, lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma itu sudah berusia se­kurang-kurangnya empat de­kad. Sehubungan itu, nilai asas, kemampuan ekonomi dan kedudukan politik orang Melayu mungkin sudah jauh berubah.

Bagi Johan, hari raya merupakan pesta istimewa orang Melayu. Elemen kemelayuannya mengatasi aspek keislamannya. Lebih daripada sekadar kunjung mengunjungi, balik kampung dan ritual bermaafan. Selain itu, hari raya ialah peristiwa budaya terpenting orang Melayu. Dalam konteks budaya, membuat kuih muih, menukar langsir malah perabot rumah setahun sekali tidak pernah dilihat sebagai pembaziran.

“Tetapi hari raya tidak pernah hilang motif dan dan keistimewaannya. Meminjam lirik lagu itu, ia bukan sahaja harus ‘disambut dengan gembira’ tetapi mengetepikan pola sosial dan perbezaan kelas, ‘miskin kaya’ tetapi akan memahami ‘baju baru warna warni’ (Utusan Malaysia 12 Februari 1996).