Yayasan Kumpulan Utusan bantu kanak-kanak Rohingya

KLANG 16 Ogos – Yayasan Kumpulan Utusan menyampaikan sumbangan bernilai RM9,600 kepada Pusat Pendidikan Rohingya (REC) di Kampung Batu Belah KLANG 16 Ogos – Yayasan Kumpulan Utusan menyampaikan sumbangan bernilai RM9,600 kepada Pusat Pendidikan Rohingya (REC) di Kampung Batu Belah di sini bagi membantu meringankan beban masyarakat pelarian etnik itu di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Utusan merangkap Pengerusi Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, sumbangan berupa kasut sekolah, stoking dan alat tulis itu merupakan lanjutan daripada program kutipan dana Tabung Rohingya Utusan-Tabung Haji yang dilancarkan Disember lalu.

Menurutnya, seramai 195 kanak-kanak Rohingya berumur antara enam hingga 17 tahun yang belajar di REC menerima sumbangan tersebut.

“Kita memang ada kumpul dana untuk membantu etnik Rohingya dan kita telah pun menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan dan ubat-ubatkan kepada penduduk Rohingya di Myanmar.

“Sumbangan ini pula adalah lanjutan kepada program itu untuk membantu masyarakat Rohingya di negara ini sekali gus sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami.

“Usaha ini juga sebagai tanda simpati, sokongan dan keprihatinan Yayasan Kumpulan Utusan untuk meringankan beban etnik yang ditindas itu di samping membentuk pembangunan mo­dal insan serta pendidikan bagi anak-anak Rohingya,” katanya kepada pemberita selepas menyem­purnakan majlis sumbangan itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Yayasan Kumpulan Utusan, Datuk Dr. A. Ganesan; Pengurus Kanan Jabatan Kewa­ngan Utusan Melayu (M) Berhad, Abdul Wahid Idris dan Pengarah Projek Pendidikan REC, Nur Azlina Abdul Aziz.

Sementara itu, Nur Azlina memberitahu, REC ialah sebuah sekolah yang ditubuhkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan Future Global Network Foundation (FGN) de­ngan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Katanya, sekolah itu dibuka untuk memberi peluang pendidikan kepada kanak-kanak pelarian Rohingya di negara ini kerana mereka tidak boleh belajar di sekolah kerajaan akibat ketiadaan dokumen yang sah.

“Setakat ini kita mempunyai tiga REC iaitu di Permatang Pauh, Pulau Pinang; Klang, Selangor dan Kuantan, Pahang dengan UNCHR serta Majlis Agama Islam negeri menjadi penyumbang dana utama,” jelasnya.