Video Khas Untukmu Ibu terbitan Jacobs Malaysia

Video ini bagi meraikan ibu-ibu kepada para peminat kami dan di Jacobs Malaysia, kami memberikan mereka peluang untuk menyatakan penghormatan ibu itu dalam satu majlis minum petang Jacobs di Fullhouse Cafe baru-baru ini.

Majlis itu telah memungkinkan pertautan kasih anak dengan ibu, dengan aktiviti serta kuiz menarik, yang diakhirkan dengan sesi dedikasi kepada ibu-ibu.

Terima kasih kepada semua kerana menjayakan majlis tersebut. Tidak dilupakan, kepada semua ibu: "Kami sayang ibu. Terima kasih atas segala pengorbananmu kepada kami." - Jacobs Malaysia