Usia bukan penghalang sertai Mrs. World Malaysia 2018

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Usia bukanlah kayu ukur bagi kejayaan seseorang namun semangat dan keazaman yang tinggi merupakan kunci kepada kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi.

 

Berbekalkan prinsip tersebut, ahli perniagaan, Lila Ruzaini Mohd. Hussain tekad menyertai pertandingan Mrs. World Malaysia 2018 biarpun sedia maklum dirinya akan bertandingan dengan peserta lain yang jauh lebih muda daripadanya.