Uji pandu dan ulasan Volkswagen CC

Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan, Volkswagen CC baharu yang selesa dan dinamik.
Volkswagen CC adalah menggantikan siri jenama Passat CC, untuk mewujudkan identiti khusus tersendiri. Passat CC pernah meraih beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Di Malaysia ia telah diterima oleh pengguna dan berjaya dipilih sebagai pemenang keseluruhan Kereta berprestij NST / MAYBANK 2010 Anugerah Tahunan 2009. Rekabentuknya yang unik juga telah disahkan dengan memenangi gelaran "Rekabentuk Terbaik" dalam penganugerahan yang sama.